BIARPUN sibuk menguruskan dua cahaya mata situasi tersebut tidak menghalang pelakon jelita, Shima Anuar menitikberatkan aspek penjagaan kulit wajah.

Apatah lagi, hari ini beliau juga aktif mengendalikan bisnes makanan laksam di bawah label, Laksam By Shima yang diusahakan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

shima anuar
WALAUPUN sibuk menguruskan bisnes laksam dan rumah tangga, Shima tidak pernah mengabaikan rejim penjagaan wajah dan badan.

Sebelum ini Shima berusia 29 tahun itu pernah berkongsi cerita bahawa untuk memiliki kulit mulus, bersih dan berseri, selain mengamalkan gaya hidup sihat pemilihan produk turut memainkan peranan utama.

Ia berikutan penggunaan item yang tidak bersesuaian bimbang menjejaskan kondisi kulit wajah kelak.

“Bagi saya, solekan tebal bukan ukuran untuk menilai kecantikan wajah seseorang. Tiada gunanya bersolek, sedangkan kulit kita berada dalam keadaan tidak sihat. Justeru, pemilihan produk yang betul turut memainkan peranan.

“Atas faktor tersebut meskipun hanya mengenakan solekan minimalis, saya akan memastikan wajah masih tampak segar dan glow (berseri) sepanjang hari,” jelas Duta Produk Clinelle yang turut mengamalkan rejim kecantikan dan kesihatan sampingan.

shima anuar

 

Antaranya ialah:
– Minum antara tiga hingga empat liter air putih untuk mengekalkan kelempaban kulit wajah.

Iklan

– Menikmati tidur berkualiti supaya badan kekal cergas dan elak lingkaran hitam di bawah mata.

– Bersenam secara konsisten baik di rumah mahupun di gim.

– Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang seperti sajian oat

Iklan

oat

– Berfikiran positif dan sentiasa ceria.

– Merawat kulit wajah menggunakan rangkaian produk jenama Clinelle khususnya Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate.