Tip penjagaan wajah: Elak 5 makanan ini supaya tidur tak terganggu

A
A
A

PERASAN tak meskipun sebelum melelapkan mata kita sudah mengaplikasi serum, krim malam dan krim mata, namun kondisi kulit wajah kekal tidak bermaya pada keesokan harinya. Mengapa?

Ironinya, antara kesilapan wanita apabila terlalu menumpukan rutin penjagaan wajah, tetapi mengabaikan waktu tidur yang sepatutnya.

Secara purata, golongan dewasa memerlukan tempoh masa tidur antara 7 hingga 8 lapan jam setiap hari. Pada masa sama, disarankan tidur selewat-lewatnya sebelum jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Ini disebabkan tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja membuatkan tubuh badan lesu, malah kulit wajah juga terjejas.

Perkara tersebut turut diakui oleh Pakar Dermatologi, Pusat Perubatan Universiti Cleveland, Amerika Syarikat (AS), Dr. Baron, yang pernah menjalankan kajian berkenaan.

Menurut beliau: "Hasil kajian mendapati tidur yang tidak cukup memberi impak pada kesihatan kulit wajah. Selain kelihatan kusam, masalah penuaan juga akan berlaku sebelum masanya.

"Walaupun wanita mengoles bermacam-macam produk, namun masalah kulit wajah khususnya lingkaran hitam bawah mata sukar untuk dirawat sekiranya individu menikmati waktu tidur yang singkat."

Pun begitu, sedar tak, tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja berlaku dek badan atau mental terlalu penat, silap memilih makanan turut mengundang permasalahan terbabit.

Justeru, bagi membantu mendapatkan tidur yang berkuati tanpa sebarang gangguan segmen, Sihat Cantik kali ini berkongsi 5 makanan yang perlu dielakkan sebelum tidur. Antaranya ialah:

1 Kopi

kopi

- Minuman berkafein ini akan menyukarkan kita tidur

2 Coklat

coklat

- Membuatkan perut lapar sekali gus menganggu waktu tidur

3 Keju

keju

- Ia memberi gangguan pada perut

4 Makanan pedas

cili

- Hidangan ini boleh menyebabkan pedih hulu hati dan kesukaran mendapatkan tidur yang nyenyak

5 Biji bijan

biji bijan

- Membuatkan perut tidak selesa sepanjang malam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca