KUNDAL jenama terkenal Korea sudah ada di Guardian

No Image Caption
A
A
A

KUNDAL, jenama penjagaan rambut terlaris di Korea, kini boleh didapati secara eksklusif di Guardian di seluruh negara.

Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health and Beauty, Malaysia dan Singapura, Anna Ng berkata, ramuan yang digunakan oleh Kundal dinilai pada tahap selamat oleh EWG iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat yang menentukan gred keselamatan dalam bahan-bahan kosmetik.

Anna menambah, KUNDAL menawarkan rangkaian produk penjagaan diri berkualiti tinggi untuk rambut dan kulit yang cantik, terdiri daripada syampu, perawatan rambut, serum rambut, mandian badan dan cecair pembasmi kuman pada harga yang berpatutan.

Jenama itu juga terkenal dengan wangiannya tersendiri yang dibangunkan oleh pembuat minyak wangi profesional dengan bahan utama yang diimport dari Perancis. Wangian-wangian itu boleh didapati di Guardian dalam varian Cherry Blossom, White Musk, Baby Powder dan Ylang Ylang.

Guardian kini menawarkan 20 produk KUNDAL dan bilangannya akan bertambah tidak lama lagi. Antaranya:

  • RM28.00: Syampu, perawatan rambut, serum rambut dan rangkaian mandian badan
  • RM12.90: Cecair pembasmi kuman KUNDAL 100ml
  • RM13.90: Semburan cecair pembasmi kuman KUNDAL 100ml
  • RM28.90: Cecair pembasmi kuman segar KUNDAL 500ml

PENULIS: MAZLINA ABDUL MAJID  

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca