Kunyah makanan 30 kali, membolehkan otak menerima signal kenyang

A
A
A

MASIH ramai individu beranggapan untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan perkara utama perlu dilakukan adalah menghabiskan masa berjam-jam di gimnasium.

Jika tidak berkesempatan ke gimnasium, maka berjoging atau berzumba menjadi pilihan.

Pun begitu, tanpa disedari untuk mendapatkan berat badan ideal senaman memerlukan 20 peratus sahaja, manakala baki 80 peratus pula bergantung pada pemakanan.

Tiada gunanya, korang bersenam sehingga sakit badan, walhal mengamalkan corak pemakanan tidak sepatutnya dan makan pula secara berlebihan.

Justeru, bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada overeat?

Jangan gusar, segmen Sihat Cantik kali ini berkongsi 3 cara terbaik. Jika ia diamalkan secara sistematik kita dapat menurunkan berat badan dengan mudah dan sihat.

1- Makan secara perlahan

Ketika menikmati apa sahaja hidangan, cuba belajar mengunyah perlahan-lahan sebanyak 30 kali atau 12 minit sehingga lumat.

Cara tersebut membolehkan otak menerima isyarat kenyang yang mana kita akan berhenti sebelum kekenyangan.

2- Bijirin penuh

Elak menu bergoreng, berminyak dan makanan ringan sebaliknya, pilih makanan bijirin penuh seperti roti mil penuh dan bijirin serta buah epal, avokado atau strawberi.

tip cantik

Kategori makanan berkenaan bukan sahaja baik untuk sistem pelawasan, bahkan membantu membuatkan perut kenyang dalam tempoh lama.

3- Senaman

Selain pemakanan, bersenam juga solusi terbaik untuk mengelakkan kita makan secara berlebihan. Ini disebabkan menerusi aktiviti sedemikian ia akan mengeluarkan hormon yang meningkatkan mood gembira, sekali gus mengurangkan rasa lapar.

tip cantik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca