KUIH lapis memang ada peminatnya yang tersendiri. Kalau ada yang tak minat pun, jika kena gaya olahannya pasti yang tak suka pun boleh jatuh cinta dibuatnya.

Rupa dan warna kuih ini saja kadang sudah menawan. Padanlah resipi dikongsikan Marlia Lia ini tular.

Lapis labu gedik nama diberi, kata tuan punya resipi.

Berkongsi tip membuat kuih itu, menurutnya, beliau menggunakan loyang bulat bersaiz 9”.

“Untuk jadikan kuih tahan lebih lama daripada basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5 minit.. supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi,” tulisnya.

Berikut resipi yang dikongsikan oleh beliau:

Kuih Lapis Labu Gedik

¼ biji labu saiz sederhana (dikukus, dan blender halus.. anggaran ½ cawan selepas dikisar (boleh guna pengisar kering sahaja)
4 cawan santan segar.. Dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku

Dalam 1 bekas besar, campurkan dan gaul rata bahan-bahan ini:


2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
¾ – 1 cawan gula halus (beliau menggunakan ¾ cawan sahaja..kisar gula supaya senang larut)
¼ camca teh garam

🎃 Tuangkan santan suam tadi ke dalam campuran tepung dan kacau sebati guna hand whisker, kemudian tapis.

Iklan

🎃 Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.. satu bahagian dicampurkan dengan labu.

Bahagikan adunan sama banyak.. Satu bahagian dimasukkan labu

🎃 Panaskan kukusan hingga air mendidih.. panaskan loyang yang dah disapu minyak terlebih dahulu. Loyang dah betul panas baru start melapis.. Kukus dengan api sederhana.

Kukus selapis demi selapis dengan api sederhana.. 5 minit setiap lapisan. Lapisan terakhir, kukus selama 20-25minit Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu, dan loyang dah betul-betul panas baru tuang adunan.

🎃 Setiap lapis, kukus selama 5 minit. Lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit.

Iklan

Untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, bukak penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10 minit lagi..biarkan wap air atas kuih mengering, katanya.

Kredit: Marlia Lia

Selamat mencuba!