Lawan ketidakselesaan haid dengan SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr

SOFY, jenama tuala wanita dari Jepun baru-baru ini bekerjasama dengan Watsons melancarkan kempen #CoolGilerrr untuk membantu para wanita di Malaysia melawan haba haid dengan rangkaian tuala wanita SOFY Cooling Fresh.

Untuk itu, SOFY menganjurkan acara pop-up SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr di Starhill Kuala Lumpur, sebuah acara unik yang disasarkan untuk memperkasakan wanita untuk kekal segar sepanjang hari, tanpa sebarang ketidakselesaan.

Pengurus Jenama Kanan, SOFY Malaysia & Singapura, Amanda Wong Yoke Pui berkata, sejak pelancaran rangkaian tuala wanita Cooling Fresh pada tahun 2018, pihaknya terus berusaha untuk menambah baik produk demi memastikan kaum Hawa berasa segar, selesa dan yakin dalam setiap aspek kehidupan.

BACA JUGA: Sakit payudara ketika haid anda mungkin mempunyai kanser, ini 7 tanda setiap wanita wajib ambil tahu!

BACA JUGA: Tak sedar datang haid, nampak darah lepas berbuka, perlukah puasa diganti? Ini penjelasan agamawan

 

“Di SOFY, kami berhasrat untuk memberi pengalaman yang menyegarkan dan meningkatkan keyakinan wanita, walaupun dalam keadaan cuaca yang paling mencabar.

“Menurut kajian penggunaan dan sikap pengguna tahunan kami, tujuh daripada 10 wanita mengalami ruam atau kerengsaan kulit semasa haid. Ini amat ketara dalam kalangan gadis muda yang cenderung memakai tuala wanita untuk masa yang lebih lama.

Iklan

“Rangkaian SOFY Cooling Fresh kami bertujuan untuk menangani masalah ini, terutamanya dengan cuaca Malaysia yang panas,” katanya lagi.

Berikut butiran penuh SOFY Cooling Fresh:

SOFY Cooling Fresh (Mint)
-Dilapik dengan lapisan Cool Mint Sheet.
-Lima jam rasa pudina dingin yang dapat mengurangkan ruam panas dan memberi rasa nyaman sehingga waktu untuk menukar tuala.
SOFY Cooling Fresh (Mint) juga memiliki minyak pati tumbuhan semula jadi yang dapat mengurangkan bau secara efektif dan memberikan rasa kesegaran yang berkekalan.
-Produk ini diuji secara hypoallergenic dan dermatologi serta sesuai untuk semua jenis kulit.

Iklan


SOFY Cooling Fresh (Cucumber)
-Disemai dengan ekstrak timun asli, SOFY Cooling Fresh (Cucumber) akan memberikan sensasi sejuk yang lembut dan membantu mengurangkan rasa tersumbat, walaupun pada kulit sensitif.
-Ia juga telah diuji secara hypoallergenic dan dermatologi.
-Rekaan ultra slim dengan penyerapan unggul membolehkan wanita menjalani hari mereka dengan penuh keyakinan dan penuh ketenangan.

Untuk informasi lanjut mengenai SOFY Cooling Fresh, layari laman web rasmi SOFY (https://my.sofyclub.com/en/home.html), Facebook dan Instagram SOFY Malaysia.