Lebih 1,200 share, resipi simple mi kicap power, mudah & menyelerakan
Lebih 1,200 share, resipi simple mi kicap power, mudah & menyelerakan
MI kicap lazimnya menjadi menu tradisional kaum Cina namun popularitinya kini sudah meniti di bibir pelbagai lapisan masyarakat majmuk di Malaysia.
Kepada ibu-ibu yang buntu akan idea menyediakan sajian keluarga pada cuti sekolah ini, boleh cuba hidangkan mi kicap ni. Nampak saja simple, tapi ia penuh perisa dan merupakan lengkap.
Baca juga:
Setiap sajian ada protein daripada ayam dan serat daripada sayur-syuran.
Resipi yang dikongsikan Qasih Jue Aisya ini berbaloi dicuba. Tidak menggunakan mi wantan, Qasih menggunakan mi kering sebagai bahan utamanya.
Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan:
MI KICAP HOMEMADE
Mi kering (secukupnya) [BELI DI SINI]
2 keping dada ayam
1 pek bebola ikan [BELI DI SINI]
2 sudu besar tepung jagung [BELI DI SINI]
1 labu bawang putih (cincang) [BELI DI SINI]
Segenggam cili padi (merah dan hijau)
Sejambak daun sup (hiris)
Sejambak bak choy
Sos makanan laut / tiram [BELI DI SINI]
Garam (secukup rasa) [BELI DI SINI]
Gula perang (secukup rasa)[BELI DI SINI]
Langkah penyediaan
1-Perap ayam dengan lada sulah, kicap pekat, kicap manis dan garam selama 15 minit.
2-Untuk menyediakan kuah kicap, panaskan minyak masak dan campurkan sedikit minyak bijan untuk membangkitkan lagi aroma.
3-Tumis bawang putih sampai bertukar keperangan. Kemudian masukkan air.
4-Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, gula perang sedikit dan garam. Seimbangkan rasa mengikut selera masing-masing.
5-Bancuh tepung jagung dengan air dan tuangkan ke dalam kuah tadi. Biarkan mendidih seketika.
6-Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam yang diperap tadi. Gunakan api sederhana.
7-Sup pula, anda tumis bawang putih. Masukkan air dan bebola ikan.
8- Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa (jika perlu). Taburkan dengan hirisan daun bawang.
9-Panaskan air di dalam periuk dan celur mi diikuti bak choy yang telah dipotong pangkalnya.
10-Angkat dan toskan.
11-Untuk mi, gaulkan ia dengan kuah kicap tadi. Kalau nak hitam lagi tambah sedikit kicap pekat.
12-Potong kecil cili dan masukkan ke dalam semangkuk kecil kuah kicap. Boleh dijadikan sumber pedas yang melazatkan!
13-Hidangkan mi kicap dengan dengan semua bahan. Sedia untuk dinikmati!
Baca juga:
Baca juga:
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang