Lebih 13,000 shares, air vanilla blue bersama aiskrim ni wajib dicuba buat berbuka puasa

SETIAP kali masuk saja bulan Ramadan bukan saja nak fikir untuk menu buka puasa. Air untuk berbuka puasa pun pening juga nak fikir.

Ya lah, seharian berpuasa mesti air yang dicari dulu. Dahaga sangat. Setahun sekali bulan Ramadan kan, tak salah buatlah air yang sedap-sedap sikit.

Setiap tahun bulan puasa juga pasti akan ada air minuman viral yang mesti dicuba.

Seperti perkongsian wanita dikenali Nordiana Ab Kamil ini. Perkongsian cara membuat air vanilla blue bersama aiskrim olehnya mencuri perhatian ramai.

Setakat artikel ini ditulis telah mendapat lebih 17,000 shares dan hampir 4,000 tanda suka.

Lihat fotonya sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur. Apa kata kita cuba membuatnya, senang sahaja bahan pun tak banyak.

Nikmatnya terasa bila berbuka puasa dengan air vanilla blue bersama aiskrim!

Cuba juga Cara buat air katira resipi asli Johor paling sedap, original tanpa pewarna tiruan

Bahan-bahannya;

Iklan
  • 3 cawan air masak
  • 5 esen vanila (sy guna penutup botol esen)
  • Setengah tin susu pekat Saji
  • Satu tin susu sejat cair Saji
  • 1 Pewarna biru (guna penutup pewarna)
  • Ais secukupnya
  • Aiskrim vanila (kacau rata untuk dapatkan rasa vanila yang sempurna)

Cara membuatnya;

1. Campur semua bahan, kacau-kacau sehingga sebati. Masukkan ais dan letakkan aiskrim vanila di atasnya.

Fuh, terliur pula tengok!

Baca juga Senang jadi rujukan ibu masak juadah berbuka, Khairul Aming tampil 30 Hari 30 Resipi

Iklan

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.