Lelaki ini kongsi rahsia rebus kerang tanpa air. Hasilnya isi lebih lembut, tak liat & berair!

A
A
A

Lelaki ini kongsi rahsia rebus kerang tanpa air. Hasilnya isi lebih lembut, tak liat & berair!

KEBIASAANNYA kalau nak makan kerang, pasti ramai yang memilih cara merebus dengan menggunakan air.

Pernah tak anda cuba rebus tanpa air? Jangan rasa pelik dengan idea tersebut.

Sebenarnya cara tersebut boleh membantu anda mendapatkan kerang yang lebih sedap, isi lagi lembut dan tidak liat.

Malah, ia juga dikatakan membantu mendapatkan isi kerang yang tidak berair.

Baca ni Patutlah air sirap orang dulu-dulu sedap dan lain daripada yang lain. Rahsianya kena letak rempah. Memang rare!

Perkongsian berguna tersebut dimuat naik oleh Syahr Musafir menerusi laman Facebooknya.

Menurut bapa kepada lima cahaya mata itu, beliau berterima kasih kepada tip isterinya Rahimah AR Zawjah Rahimah Ab Rahman yang berkongsi petua yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang.

"Pelik, kan, rebus tak guna air? Tak guna air, sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.

"Sebelum ini saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut, tidak liat dan tidak berair. Terbaiklah! Alhamdulillah," kongsi Syahr lagi.

Baca ni Makan bertambah dengan Ketam Bunga Masak Lemak Nenas Cili Api resipi turun-temurun keluarga cef ini

Berikut cara merebus kerang tanpa air:

1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.

2. Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.

3. Nampak berasap macam ini sebab tiada air.

4. Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.

5. Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.

6.Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.

Baca lagi Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

Moga bermanfaat. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Syahr Musafir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca