JENAMA jentera off-road yang semakin meningkat naik, JAECOO memperkenalkan model urban premium terbaharu, J7 untuk pasaran tempatan.

Menariknya, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan fitur baharu tersebut buat peminat kenderaan utiliti sukan (SUV).

Jenama dari China itu dalam satu kenyataan berkata, penampilan perdana JAECOO J7 mampu menarik minat pelabur kerana menggabungkan prestasi pacuan empat roda mengagumkan dan teknologi pintar.

“Varian tersebut berjaya lulus pelbagai ujian ekstrem, termasuk tanjakan penggelek, ujian artikulasi, lintasan puncak bukit dan lain-lain.

JAECOO J7

“Dengan ciri-ciri canggih ARDIS (Sistem Pemanduan Pintar Semua Jalan), ia memberikan kebolehlaluan pada permukaan bumi yang tak dijangka dengan mudah,” katanya.

 

Berikut perincian spesifikasi lain JAECOO J7:

  • Lengkap mod pemanduan pelbagai termasuk laluan pasir, padang salji, lumpur dan tujuh kondisi off-road lain.
  • Sistem kawalan Brek Kuasa Pintar BOSCH (IPB) dan ARDIS untuk mencapai tindak balas terpantas kurang 0.1 saat.

Baca juga Lotus cipta sejarah perkenal SUV elektrik pertama, sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan dalam pemanduan

JAECOO J7

  • Keupayaan penguncian memberikan kelebihan termasuk prestasi integrasi tinggi dan brek pantas dengan gabungan tork roda belakang maksimum 3000Nm.
  • J7 dilengkapi dengan enjin kuasa tinggi 1.6TGDI dan transmisi dwiklac basah 7DCT, menghasilkan kuasa pengeluaran maksimum 145kW dan tork puncak pada 290 Nm.

JAECOO J7

JAECOO J7

Iklan
  • Mampu memecut daripada zero hingga 30 kilometer perjam dalam hanya 2.9 saat.

Baca juga Volvo lancar kenderaan elektrik hibrid plug-in penuh, memang canggih dengan tujuh ciri terbaik

Harga jualan JAECOO J7 dianggarkan bermula RM160,000.

Tempahan dibuka pada separuh pertama tahun ini. Untuk informasi lanjut, layari https://www.jaecooglobal.com/.

JAECOO J7

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!