RASANYA tidak lengkap jika seorang yang ‘kaki fesyen’ tidak pernah memiliki sekurang-kurangnya sehelai seluar jean jenama Levi’s.

Jenama yang dipercayai sejak turun-temurun sebagai pengeluar denim, pakaian dan aksesori tersebut sudah cukup sinonim dalam kalangan anak muda terutama golongan lelaki di peringkat global.

Walaupun terkenal dengan rekaan jean potongan klasiknya, setiap tahun Levi’s pasti tidak pernah menghampakan pelanggan dan ketinggalan untuk memperkenalkan inovasi baharu.

Terkini, berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia, Levi’s dilihat telah memperkenalkan pelitup muka yang boleh dicuci semula (face mask reusabale).

Ketika pandemik ini dilihat masih tiada penghujungnya, Levi’s sedar akan tanggungjawab mereka untuk memenuhi permintaan pelitup muka di kalangan orang awam.

Pelitup muka yang diperkenalkan oleh Levi’s datang dalam tiga warna berbeza dalam setiap pek.

Iklan

Setiap satu mempunyai corak cetakan seperti yang biasa kita lihat pada bandana dan juga kemeja keluaran mereka.

Tinjauan SinarPlus di Facebook Levi’s mendapati pelitup muka istimewa tersebut telah dilancarkan di Malaysia dan dijual pada butik Levi’s terpilih di seluruh Malaysia bermula 22 Julai lalu.

Iklan

Rata-rata pengguna terutamanya peminat jenama Levi’s begitu teruja untuk mendapatkan pelitup muka eksklusif tersebut.

SinarPlus percaya Face Mask ni macam boleh laku keras. Design pun boleh tahan. Korang macam mana guys? Tak teringin ke nak ada satu?