PENERAJU industri dron awam dan teknologi kamera bertaraf global, DJI baru-baru ini memperkenalkan model terbaharu yang lebih ringan dan mudah alih, DJI Mini 3 Pro.

Dron bersaiz kompak tersebut dikata paling berkuasa berbanding model terdahulu apabila didatangkan dengan ciri lanjutan video 4K/60fps, ActiveTrack, penderiaan halangan tiga arah dan putaran gimbal 90°.

Pengarah Kreatif DJI, Ferdinand Wolf berkata, kebolehan sebuah kamera udara yang kecil membolehkan orang ramai melihat dunia luas dengan cara paling mudah.

DJI

“Apabila kami melancarkan siri dron mini pada tahun 2019, kami mahu berkongsi penyepaduan keupayaan penerbangan yang sangat baik, kecerdasan buatan (AI) dan kepelbagaian pengimejan melalui model yang diperkenalkan.

“Justeru dengan DJI Mini 3 Pro yang ultra ringan dapat memberikan persepsi positif untuk dron kamera mudah alih yang berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga Memang ‘power’, dron DJI Mini 2 berat cuma 249 gram dilengkapi teknologi canggih

Dron yang mempunyai berat kurang 249 gram itu mampu bertahan untuk tempoh penerbangan lebih 30 minit selain dikategorikan sebagai dron paling selamat.

DJI

Berikut antara perincian:

i) Memiliki kebolehlipatan padat bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana.

ii) Prestasi penerbangan dipertingkatkan dengan sistem kamera dan ciri pintar yang sebelum ini hanya tersedia dalam siri Air dan Mavic.

Baca juga Dron canggih bantu ATM buat hebahan supaya orang ramai patuh SOP di Sibu

iii) Reka bentuk lengan dan kipas dilaraskan untuk penerbangan yang lebih aerodinamik.

DJI

iv) Dilengkapi penderia dwipenglihatan ke hadapan dan ke belakang untuk penerbangan yang lebih selamat.

v) Reka bentuk semula gimbal yang lengkap menghasilkan rakaman lebih berkualiti.

Iklan

Menariknya, DJI Mini 3 Pro menampilkan Tri-Directional Obstacle Sensing yang terdiri daripada penderia visual hadapan, belakang dan bawah.

DJI

Ciri canggih tersebut meningkatkan Sistem Bantuan Juruterbang Lanjutan (APAS) 4.0, yang secara automatik mengesan dan mencari laluan yang lebih selamat.

Baca juga China terbangkan 600 dron untuk ‘cipta semula’ karya agung Van Gogh di udara, pecah rekod Guinness World Records!

Harga ditawarkan bermula RM3,399 dan untuk maklumat lanjut.

Iklan

Layari https://www.dji.com/dji-mini-3-pro atau pembelian di outlet sah Shopee dan Lazada.

DJI

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI