Mahu kekalkan bibir sihat, lembap dengan satu sapuan, guna Repair One Lip Balm

KEPADA para wanita yang mahu mencerah dan memperbaiki bibir, Mentholatum Repair One Lip Balm, Lip Balm J-Beauty antara pilihan terbaik.

Inovasi itu turut berfungsi melembap dan melindungi daripada kerosakan UV. Malah, para pemakainya pasti berpuas hati apabila bibir yang selama ini merekah dan kering pulih seperti sedia kala.

Rohto Pharmaceutical Jepun dalam satu kenyataan akhbar berkata, dengan hanya satu sapuan, lip balm tersebut yang mempunyai SPF25 PA++ berfungsi menghalang kegelapan, memelihara dan menjaga kecantikan semula jadi bibir.

Selain itu, gabungan beberapa komponen mujarab seperti niacinamide, ekstrak akar likuoris dan vitamin E akan memberi hasil yang lebih terbaik.

BACA JUGA:Pelembap bibir berteknologi untuk atasi masalah bibir pecah, kering

BACA JUGA: R+B baru saja perkenal gel pembersih muka, scrub wajah dan badan antiselulit, pelembap dan krim badan antiselulit

“Realitinya, hidup dalam iklim Malaysia yang panas dan lembap mendedahkan kita kepada haba melampau serta paras UV tinggi, sekali gus boleh menyebabkan bibir kering dan gelap.

Iklan

Mentholatum Repair One Lip Balm dapat menangani masalah dan kebimbangan ini,” kata kenyataan itu.

Produk itu boleh didapati secara eksklusif di Guardian Malaysia di seluruh negara pada harga RM25.90.

Iklan

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!