SEKARANG ini ramai yang mahu jadi YouTuber kan? Maklumlah ramai yang terinspirasi dengan ramai YouTuber yang sudah berjaya dan mampu menjana pendapatan daripada situ.

Diam tak diam contohnya, S Pavithra antara ‘ikon’ YouTuber berjaya terbaharu dalam negara.

Ya, ramai juga sudah lama berkecimpung dalam ‘bidang’ menjadi YouTuber, malangnya tak ramai penontonnya yang subscribe bahan yang dikongsikan hingga terlihat ‘krikk..krikk’ sahaja.

Jadi, macam mana sebenarnya nak supaya perkongsian video Youtube yang dihasilkan oleh korang hangat dikongsikan hingga tular di media sosial?

Berikut ‘petuanya’ yang dikongsikan Platform Pemasaran Automatik Untuk Blog dan Media Sosial, Revu.net baru-baru ini.

Menyedari bahawa ramai YouTuber telah berjaya, sehingga hari ini semakin ramai persaingan di YouTube, lebih-lebih lagi dengan YouTuber terkenal di dunia.

Menuru Revu.net, tidak cukup hanya untuk membuat kandungan yang menarik, korang juga harus menunjukkan keunikan untuk menarik perhatian penonton YouTube.

Bagaimana agar kandungan YouTube korang menjadi viral? Berikut adalah 5 petua yang boleh dicuba:

1. Ketahui siapa khalayak korang

Bukan maksudnya korang perlu kenal siapa penonton video YouTube korang seorang demi seorang. Bagaimanapun, korang mesti mengetahui dan merancang dengan teliti siapa sasaran khalayak yang akan menonton video yang dihasilkan.

Sekurang-kurangnya tahu mengenai usia mereka, berapa orang yang akan menonton, apa hobi mereka dan topik yang menarik minat mereka. Ini memudahkan kandungan korang menarik perhatian khalayak dengan mudah.

2. Tentukan waktu posting yang tepat

Ramai orang menonton video YouTube semasa bekerja. Oleh itu, disarankan untuk memilih Isnin atau Selasa untuk menayangkan video korang.

Itu disebabkan, hujung minggu adalah masa untuk orang meluangkan masa berkumpul dengan orang tersayang.

Jangan membuat kandungan terlalu kerap, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika lebih daripada itu, mungkin boleh menyusahkan diri sendiri. Ingat, jangan memuat naik video ketika orang biasa tidak bekerja.

3. Letakkan tajuk yang ‘memikat’

Percaya atau tidak, tajuk yang dibuat untuk setiap video korang dapat membuat seseorang ingin tahu sehingga mereka akan menonton dan ‘meneroka’ kandungan YouTube korang.

Buat tajuk clickbait, tetapi ingat ini tidak selalu dibenarkan. Memang betul bahawa membuat tajuk clickbait dapat menambah penonton kandungan YouTube korang.

Apa yang mesti difahami ialah tajuk tidak menyebabkan kesalahan dalam kandungan video dan menyesuaikan tajuk dengan kandungan-kandungan video yang korang buat. Sekiranya kandungannya tak sesuai dengan jangkaan dan kualiti, penonton akan merasa kecewa dan tertipu dengan tajuknya.

Iklan

Clickbait atau ‘umpan klik tajuk’ biasanya membuatkan ramai netizen mengklik butang like & share tanpa membuka isinya.

Namun, akhir-akhir ini netizen sering mengelakkan artikel atau pautan yang mempunyai gambar atau judul clickbait , alasannya tidak lain adalah penggunaan kaedah ini untuk sesuatu yang tidak benar, misalnya mengarahkan pembaca ke topik yang tidak relevan, penipuan bahkan membuat kita mahu mengecam si tukang kongsi kerana mempersembahkan kandungan yang tidak masuk akal atau tidak benar.

4. Gunakan perkhidmatan yang membantu viral

Tidak hanya untuk menyatakan kreativiti, ramai juga menggunakan YouTube sebagai platform untuk mempromosikan produk yang ingin mereka jual dan tawarkan kepada penonton.

Baiklah, bagi korang yang mempunyai produk dan ingin menjadikannya viral sehingga dapat meningkatkan keyakinan calon pembeli, boleh gunakan cara ini. Korang boleh menggunakan perkhidmatan yang dapat membantu menjadikan produk korang lebih viral kerana banyak orang membuat ulasan di YouTube.

Iklan

Boleh menggunakan perkhidmatan syarikat yang mempromosikan video korang secara ‘neutral’ .

5. Gunakan tag dengan betul

Tag pada dasarnya adalah kata kunci yang dimasukkan semasa memuat naik video dan memudahkan platform mencari sistem mengenai topik dan kandungan video.

Sertakan nama jenama korang dan tag yang berkaitan. Jangan lupa hanya memasukkan perkataan yang menggambarkan dengan tepat apa yang terdapat dalam video. Tag boleh dikemas kini supaya tetap senang mencari.

Terdapat banyak cara yang boleh korang lakukan untuk meneutralkan YouTube dan menyesuaikannya dengan matlamat korang.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! -AG #janganputusasamalaysia