'Mak paling rare.' Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera bebel bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur
'Mak paling rare.' Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera bebel bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur
SIAPA yang tidak kenal dengan pengacara dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah.
Mesra disapa Shiera, beliau baru-baru ini diraikan sempena hari lahirnya yang ke-48 tahun.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan selebriti tersebut memasuki rumah sambil disambut anak-anak tersayang.
Baca ni Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun
Rupa-rupanya, itu adalah kejutan istimewa buat dirinya daripada anak-anak bersempena hari lahir beliau.
Lebih menarik lagi, anak lelakinya yang bernama Airell, bertindak sebagai perancang utama dekorasi untuk majlis tersebut.
Pun demikian, apa yang membuatkan ramai terhibur, Shiera membebel setelah mendapati ada sampah berupa plastik, straw minuman dan juga getah turut diletakkan bersama di atas meja hiasan.
Lantas, beliau bertanyakan sama ada itu adalah sebahagian daripada dekorasi yang disediakan anaknya atau bagaimana?
Lebih melucukan, selain terdapat beberapa biji kek hari lahir, anak lelaki Shiera juga hanya meletakkan tiga biji brownies di ruangan cupcakes yang luas itu.
Pun demikian, kesungguhan yang ditunjukkan anak lelaki penyampai radio dan suaminya, Ijoy Azhari mendapat pujian ramai.
Ramai yang menyifatkan Airell berbakat dalam bab mendekorasi.
Menjengah ke ruangan komen, berikut beberapa reaksi daripada warga maya:
” Tak boleh blah, tiga ketul brownies sahaja. Sakit perut gelak."
"Berbakat anak bujang kak Rara ni.“
”Wah, banyaknya kek. Baru nak hantar kek. Tak payahlah, saya belanja makan nanti. Happy birthday, have a good one."
” Happy birthday beautiful, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki."
"Lawa dekorasi 'sampah' tu. Mak-mak betul, habis diperiksa kan."
Suka betul SinarPlus tengok keluarga Shiera ini. Penuh kasih sayang. Pasti anak-anaknya sudah terbiasa dan layan sahaja perangai ibu mereka yang suka membebel itu. Meriah satu rumah kan dengan gelagat lucunya itu.
Sumber: Instagram Shieraijoy
Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu
Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang