Malang tak berbau! Hati-hati bagi anak pakai kasut getah. Boleh jadi punca kecederaan di eskalator

A
A
A

KASUT getah sering menjadi pilihan ibu ayah untuk anak kecil mereka.

Bukan apa, kasut jenis itu sesuai untuk kanak-kanak yang lasak. Ia selesa, boleh kena air dan yang penting kebanyakan design membuatkan si manja kelihatan comel.

Pun begitu, tahukah anda penggunaan kasut sedemikian boleh meningkatkan risiko kecederaan lebih-lebih lagi apabila menaiki tangga bergerak (eskalator).

Media baru-baru ini melaporkan jari kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tersepit di eskalator sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Mangsa didapati mengalami kecederaan pada tiga jari kakinya yang mana salah satunya telah patah.

Kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku. Media antarabangsa juga pernah melaporkan kejadian serupa yang berlaku di negara luar.

 

Dalam pada itu, Public Health Malaysia (PNM) menyarankan ibu bapa agar sentiasa berhati-hati sekiranya anak kecil memakai alas kaki itu.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, PNM berkata, struktur dan reka bentuk kasut getah itu adalah lembut.

Baca juga: Memandu dengan cuai hingga kemalangan, kanak-kanak 10 tahun alami kerosakan otak saman bapa sendiri

Oleh sebab demikian, ia mudah terperangkap pada bahagian sisi eskalator.

Situasi itu akan menyebabkan kaki anak terperangkap masuk dan boleh menyebabkan kecederaan serius.

“Berhati-hati jika anak kecil menggunakan kasut getah lembut dan menaiki tangga bergerak.

“Struktur kasut yang lembut dan mencengkam menyebabkan ia mudah terperangkap di bahagian sisi tangga bergerak (eskalator).

“Dalam kes yang serius, kaki anak boleh mengalami kecederaan teruk termasuk bahagian jari patah dan kecederaan lain,” tulisnya.

Baca juga: Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia akibat kelaparan selepas bapanya maut diserang sakit jantung

GAMBAR hiasan daripada CANVA.

PNM kemudiannya menggariskan cara terbaik untuk mengelakkan kaki terperangkap apabila menggunakan sepatu tersebut. Antaranya:

1. Pastikan kaki anak berada di tengah tangga.

2. Jauhkan kaki dari sisi tangga bergerak.

3. Pastikan anak melangkah setelah sampai di tangga bergerak.

Baca juga: Kanak-kanak 5 tahun maut, tertinggal empat jam dalam kereta ibu di parkir hospital

Pengawasan ibu ayah adalah aspek terpenting.

SinarPlus ingatkan supaya penjaga sentiasa perhatikan anak-anak semasa menaiki eskalator terutamanya di pusat beli belah.

Malang tidak berbau. Justeru, sentiasa ambil perhatian dengan tanda keselamatan penggunaan tangga bergerak tersebut.

Sumber: Sinar Harian, Facebook Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca