MOTOROLA baru-baru ini memperkenalkan varian telefon pintar terbaharu, Motorola Edge 20 Pro dan Motorola e40 yang akhirnya menamatkan penantian para peminat jenama itu.

Pengenalan gajet yang kompetitif itu membuktikan kesungguhan Motorola untuk kembali ke arena telefon pintar dengan pilihan inovasi lebih canggih.

Jenama berkenaan dalam satu kenyataan berkata, Motorola e40 kini sudah berada di pasaran tempatan pada harga bermula RM599, manakala Motorola Edge 20 Pro pula dijangka menyusul dan bakal dijual kepada pengguna pada harga RM2,499.

Motorola Edge 20 Pro dan Motorola e40 Apa yang menarik mengenai fitur baharu tersebut? Berikut perincian:

Motorola e40

1. Dikuasakan cip pemproses octa-core Unisoc T700.
2. Paparan IPS HD+ 90Hz 6.53 inci bersama 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.
3. Kamera trio utama 48MP bersama kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.
4. Ciri swafoto dikendalikan kamera 8MP pada bahagian tengah atas skrin telefon.
5. Kapasiti bateri 5000mAh menyokong pengecas pantas USB-C dengan penarafan kuasa hingga 10W.
6. Gajet ini mampu bertahan hingga 40 jam tanpa pengecasan.

Baca juga 10 jenama telefon pintar paling popular digunakan penduduk dunia sepanjang tahun 2020

Motorola Edge 20 Pro dan Motorola e40 Motorola Edge 20 Pro

1. Dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 870 dan paparan OLED Full HD+ 6.7-inci 144Hz.
2. Telefon 5G dilengkapi 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.
3. Modul kamera belakang resolusi ultra tinggi 108MP dengan format teknologi Ultra Pixel.
4. Kamera 8MP ketiga dengan keupayaan zum optik 5x dan rakaman video resolusi 8K.
5. Dilengkapi audio zoom canggih mampu menapis bunyi bising dan ciri baharu, super slow slow motion dengan merekod 960 bingkai definisi tinggi persaat.
6. Paparan 6.7 inci Max Vision dengan teknologi OLED HDR10+.

Baca juga Ini senarai 10 tablet terbaik bawah RM1000 sesuai untuk kelas online

Iklan

Motorola Edge 20 Pro dan Motorola e40
7. Bateri 4500mAh yang menyokong pengecas TurboPower 30W dan mampu bertahan 30 jam tanpa pengecasan.
8. Ciri TurboPower™ 30 memberikan kelebihan sembilan jam dengan penarafan kuasa 10 minit pengecasan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Dengan Android 11 OS11, Motorola turut memperkenalkan aplikasi hebat buat pengguna, antaranya Quick Capture, Three Finger Screenshot dan Pick Up to Silence.

Untuk maklumat dan promosi yang sedang berlangsung, anda boleh melayari Facebook rasmi Motorola Malaysia.