Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

BAGI sesetengah wanita, tiada apa yang lebih menyeronokkan mereka selain memiliki gajet memasak yang canggih.

Bukan apa, selain menjimatkan waktu, kebanyakan peralatan masakan zaman kini direka cipta untuk menghasilkan hidangan yang berkualiti dan berzat demi kesihatan tubuh badan.

Antara peralatan memasak yang menjadi keterujaan pada masa kini adalah penggoreng udara (airfryer).

Justeru, bagi memenuhi kehendak semasa, Royal Philips, peneraju teknologi kesihatan global melancarkan Philips Airfryer XXL baharu yang dilengkapi dengan teknologi Smart Sensing.

Pengurus Pemasaran, Peralatan Dapur Philips Malaysia, Sahil Mehra berkata, inovasi terkini itu merupakan satu-satunya penggoreng udara yang memiliki Teknologi Penghapusan Lemak yang memisahkan dan ‘menangkap‘ lemak berlebihan.

“Philips Airfryer XXL sangat istimewa kerana selain boleh menggoreng, ia juga berfungsi untuk membakar, memanggang dan memanaskan makanan.

Gajet ini juga secara automatik menyesuaikan waktu dan suhu semasa proses memasak supaya setiap hidangan dimasak dengan sempurna seperti tukang masak profesional,“ katanya.

Untuk penggoreng bersaiz jumbo ini, pada satu-satu masa, pengguna boleh memanggang seekor ayam bersaiz besar, berbelas kek cawan, seekor ikan siakap, empat keping ikan salmon, kambing bakar (hidangan untuk tiga orang) dan lebih sekilogram kentang goreng.

Iklan

Untuk memasak brownies atau mufin, penggoreng udara ini juga menjalankan tugasnya dengan baik.

Jika sebelum ini, ramai yang menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng samosa dan popia, lupakan kaedah konvesional itu kerana penggoreng udara Philips boleh membantu.

Iklan

Hanya perlu letakkan sedikit minyak untuk mendapatkan tekstur yang sempurna dan sedap.

Oh, sebelum terlupa, piza pelbagai topping disertakan dengan keju juga boleh dimasak dengan gajet berkenaan. Hanya dengan sentuhan satu butang, segala-galanya mudah, cepat, lazat dan paling penting berkhasiat.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai gajet hebat ini, lawati https://www.philips.com.my/. Airfryer Philips XXL juga boleh didapati menerusi kedai e-dagang seperti Lazada dan Shopee.