Masak kuih bakar lebih mudah, cepat guna air fryer, tak perlu oven, dapur arang

A
A
A

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

KUIH bakar atau dikenali dengan nama bahulu kemboja merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Kuih ini berbentuk bulat dan ditabur bijan di atasnya. Enak dijadikan hidangan sarapan pagi, minum petang atau pencuci mulut, kuih bakar sering dihidangkan di majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih bakar ialah tepung gandum, santan, telur, bijan dan daun pandan sebagai pewarna.

Kuih bakar tradisional dibakar dengan dapur arang menggunakan acuan khas.

Baca juga: Guna air fryer masak kuih mudah dan cepat. Churros, kuih bakar gerenti sedap

Cara memasak kuih bakar sudah dimodenkan seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini. Tidak perlu lagi menggunakan dapur arang untuk memasak kuih bakar. Kuih bakar boleh dimasak dengan cepat dan mudah menggunakan air fryer.

Hanya dengan menggunakan air fryer, memasak kuih bakar menjadi cukup mudah. Ternyata memiliki peralatan memasak yang canggih pada zaman sekarang dapat memudahkan dan mempercepatkan urusan di dapur.

Baca juga: Minyak masak mahal, Dr Fatimah kongsi kebaikan guna air fryer

RESIPI KUIH BAKAR MENGGUNAKANAIR FRYER

Bahan-bahan:

1 cawan air daun pandan

2 cawan santan pekat atau 1 kotak kecil

2 cawan tepung gandum

1 cawan gula

2 biji telur

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil pewarna hijau

Cara memasak:

1.Kisar semua bahan tadi sehingga sebati. Masukkan dalam loyang.

2.Bancuhan ini  boleh menghasilkan dua biji kuih bakar. Bahagi bancuhan kepada dua bahagian dan bakar ia secara berasingan.

3.Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 170 celcius selama lebih kurang 45 minit.

4. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong. Enak dinikmati ketika masih panas.

Baca juga: Mudah dan sihat, resipi peanut butter ini menjimatkan, hanya guna satu bahan!

Kelebihan memasak menggunakan air fryer

1.Ringkas dan mudah dibersihkan

Ia sangat mudah dibersihkan kerana ia menggunakan sedikit atau hampir tiada minyak. Sementara itu, dulang boleh tanggal menjadikannya sangat mudah untuk dibasuh dan digunakan.

2.Menjadikan makanan lebih sihat

Air fryer membolehkan anda memasak apa sahaja tanpa menggunakan minyak. Misalnya ayam, daging dan ikan. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan.

Baca juga: Kuih bakar lejen sedap dan mudah

Sumber: Ra-isah Rashid 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca