Masalah kemaluan kanak-kanak melekat, pakar jelaskan ibu bapa jangan panik

LABIAL fusion ataupun lebih mudah disebut faraj melekat merupakan masalah biasa pada kanak-kanak perempuan.

Mengulas secara terperinci, kata Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, masalah itu biasa berlaku pada kanak-kanak perempuan berusia dua hingga empat tahun.

“Masalah faraj melekat dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen dalam badan kanak-kanak tersebut.

“Untuk tiga bulan pertama, hormon estrogen daripada ibu masih ada dalam peredaran darah bayi, sebab itulah kita jarang jumpa pada bayi perempuan. Selepas tigas bulan, hormon itu sudah tidak ada dan akan menyebabkan faraj bercantum maka kelihatan kemaluan sedikit pelik dan seakan-akan tidak normal,” jelas Dr Muhammad Izzat melalui entri Facebook

Iklan
Iklan
.

Biasanya labial fusion ini tidak timbulkan apa-apa masalah.

“Kalau ada pun kanak-kanak akan mengadu masalah kencing yang mana air kencing berkumpul di belakang tempat melekat tersebut.

“Yang merisaukan ibu bapa apabila tengok kemaluan anak mereka lain seperti yang biasa, mereka ingatkan anaknya tak normal,” ujarnya.

Ibu bapa perlu tahu, jika tiada masalah kencing, kanak-kanak tidak memerlukan rawatan.

Faraj yang bercantum itu akan terbuka sendiri apabila badannya (sendiri) menghasilkan estrogen sebelum umur sembilan tahun.

“Kalau kanak-kanak itu ada masalah, biasanya saya akan guna sejenis krim yang mengandungi estrogen akan disapu pada faraj. Sapu sikit saja guna putik kapas pada garisan melekatnya faraj tu,” kongsinya.

Baca juga Faye Kusairi lumpuh pada wajah ketika hamil, pakar jelaskan penyakit ini

Pun demikian, krim berkenaan tidak boleh guna dalam jangka masa yang lama, biasanya kurang dari enam minggu disebabkan hormon estrogen itu boleh meresap masuk ke dalam salur darah menyebabkan buah dada membesar dan beberapa kesan sampingan yang lain.

“Yang penting, kanak-kanak yang ada masalah ini bukannya tak normal. Mereka adalah perempuan yang mempunyai faraj, cuma bercantum pada awalnya (luaran sahaja) disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, tak perlu risau,” pesan Dr Muhammad Izzat.

Share
Farah Eliani

 

Recent Posts

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

3 mins ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

1 hour ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

2 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

3 hours ago

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

18 hours ago