Masih guna kayu api untuk memasak. Piza Oven Kayu, Gila Kambing Bakar menu tambatan Cafe Markisa di Melaka

A
A
A

BERMULA daripada sebuah kafe biasa yang terletak di kawasan tapak kem bina semangat seluas 4 hektar di Jasin, Melaka, Cafe Markisa kini menjadi destinasi kegemaran ramai.

Pengurus Operasinya, Ridzwan Amir Rosli berkata, nama premis tersebut sebenarnya adalah bersempena dengan pokok markisa yang tumbuh di sana.

Itu sebab jus markisa merupakan salah satu minuman yang wajib dicuba kerana buahnya dipetik terus dari pokok.

Beritahu Ridzwan, dalam tempoh seminggu, lebih kurang 150 kilogram isi buah itu diperlukan untuk memenuhi permintaan semasa.

cafe markisa

cafe markisa

“Buah markisa di kebun kami sebenarnya tak mencukupi, jadi bekalan daripada peraih tempatan banyak membantu.

“Selain itu, banyak lagi jus ditawarkan seperti Apple Sunrise dan Orange Sunset yang bersaiz jumbo,” katanya yang mengusahakan premis tersebut bersama keluarga tersayang.

 

Bagaimana pula dengan makanan? Ujar usahawan yang berusia 34 tahun itu, lebih 50 masakan Melayu dan Barat disediakan oleh tukang masak berpengalaman.

Antara yang sering dipesan orang ramai ialah Gila Kambing Bakar, Daging Salai Lemak Cili Padi dan Pizza Oven Kayu.

cafe markisa

“Untuk set kambing bakar, kami hanya pilih bahagian bahu yang diimport dari New Zealand sahaja. Daging akan diperap dengan rempah-ratus terpilih selama seminggu supaya daging lebih lembut dan berjus.

cafe markisa

“Beza kambing bakar kami dengan yang lain, ia digandingkan dengan sambal serai dan sambal kicap. Sambal serai merupakan resipi turun-temurun famili kami sejak lebih 50 tahun,” katanya.

Ujar Ridzwan, beliau berbesar hati apabila ibu tersayang, Rozila Ramli, 59, turut sama-sama membantu memasak menu di kafenya.

cafe markisa

Cara masakan daging salai di Cafe Markisa boleh dikatakan agak unik. Premis berkenaan menggunakan spesies pokok akasia, petai belalai belalang dan jolok hantu sebagai bahan penting untuk proses menyalai.

cafe markisa

“Bukan sahaja api tahan lama, bau asap pun tak kuat sangat. Aroma daging salai jadi lebih wangi dan rasanya bertambah lazat," katanya.

Piza Oven Kayu pula, ujar Ridzwan, mempunyai enam jenis pilihan iaitu Pizza Beef Pepperoni, Chicken Pepperoni, Smokey Meaty, Cheesy Chicken Carbonara, Tenderloin Grill dan Chicken Hawaii.

cafe markisa

Seperti daging salai, kesemua piza dimasak menggunakan kayu api sama dalam ketuhar tanah yang dibuat sendiri.

cafe markisa

Setelah menjamu minuman dan makanan enak di ruang yang luas, pengunjung boleh melakukan aktiviti berkayak, sementara 'tugaskan' si kecil memberi makan pada ikan dan itik.

Baca juga Ramai pesan Megi Janda Anak Ramai, kedai Megi Dapur Arang Jijo diserbu hampir setiap hari

"Khas untuk pelanggan yang datang makan di sini, mereka boleh mandi-manda di kawasan tasik yang dikhaskan, selain berseronok dengan aktiviti pukul bantal atau lake tubing bersama keluarga," katanya.

cafe markisa

Cafe Markisa

Alamat: Kampung Chinchin, Jasin, Melaka

Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam

Menu signatur: Gila Kambing Bakar, daging salai lemak cili padi, patin masak tempoyak dan Pizza Oven Kayu

Harga: Bermula RM10 hingga RM110

Facebook: Cafe Markisa

Instagram: @cafe.markisa

Tiktok: Cafe Markisa

cafe markisa

#JOMSINGGAH

Tidak hanya sekadar menjamu pengunjung dengan pelbagai menu istimewa, cara masakan menggunakan kayu api memang menjadi tarikan.

Kaedah konvensional tersebut menjadikan kulinari bertambah enak.

Jika di Jasin, Melaka terkenal dengan Cafe Markisa, terdapat empat destinasi lain yang mengetengahkan cara masak lebih kurang sama.

pizza kayu api

Jemapoh Pizza Kayu Api

Alamat: Lot 624-E, Gerai No5, Jalan Gombak, Batu 4, Gombak, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 11 malam

Menu signatur: Pizza Tuna Tikey dan Pizza Jemapoh Special

Facebook: Jemapoh Pizza Kayu Api Gombak

pizza kayu api

Pizza Kayu Api Tiny Boutique Habitat

Alamat: No.24, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Waktu operasi: 2 petang

Menu signatur: Pizza Special Tiny Boutique

Facebook: Tiny Boutique Habitat

Baca juga Penangan kayu arang sejak dua dekad, ini rahsia roti canai milik usahawan Melaka ini terus viral

pizza kayu api

Qulai Pizza Kayu Api

Alamat: 2023, Jalan Manggis, Kampung Pertanian, Kulai, Johor

Waktu operasi: 11 pagi hingga 9 malam

Menu signatur: Piza Calzone

Facebook: Qulai Pizza Kayu Api

Instagram: @QulaiPizza

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca