Masin berlemak. Memang bikin ketagih. Hantu kacang wajib cuba buat sendiri kudapan kacang shantung

MAKAN kacang memang ralit.

Jika makan sambil tonton drama di televisyen, memang tak sedar habis sebalang.

Kacang shantung antara kudapan yang menjadi kegemaran ramai.

Rasanya yang masin dan berlemak boleh membuatkan hantu kacang jadi ketagih dan tak berhenti makan.

Kalau nak lagi puas, apa kata anda buat sendiri di rumah.

Berikut SinarPlus kongsikan resipi yang dimuat naik Norlela Abdullah.

Wanita tersebut kongsikan resipi berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya baru-baru ini.

Baca juga: Cucur udang gebu & rangup, ini resipi tanpa air kapur atau soda, macam orang dulu-dulu

 

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan
1 kilogram kacang shantung [BELI DI SINI]
1 kotak kecil santan [BELI DI SINI]
Bawang putih dikisar [BELI DI SINI]
Bawang putih dimayang [BELI DI SINI]
Cili kering dipotong [BELI DI SINI]
Garam [BELI DI SINI]

Iklan
SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

Baca juga: Gara-gara resipi burger ala prosperity Khairul Aming, daging oblong Ramly laku keras, sold out di kedai

Baca juga: Rangup & garing, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis, buang angin & panaskan badan

Cara penyediaan:
1.Rebus kacang bersama santan, bawang putih kisar, air dan garam sehingga mendidih selama 10 minit.
2.Tutup api dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.
3.Tapis dan boleh goreng dengan api sederhana sehingga masak.
4.Angkat dan goreng pula cili kering dan bawang putih dihiris.
5.Angkat dan boleh dicampur semua.
6.Sejukkan dan sedia dihidang.

Iklan

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!