Mee Tonggek Udang Galah, Sotong XXL jadi buruan. Resipi tersendiri anak jati Kedah jadi tarikan di Bazar Ramadan Putrajaya

A
A
A

BAZAR Ramadan Putrajaya antara destinasi syurga makanan yang cukup popular di negara ini setiap kali menjelang bulan puasa.

Difahamkan terdapat lebih 1,000 menu menarik ditawarkan di sana.

Pun demikian, antara sajian yang meniti pada bibir pengguna ialah Mee Tonggek Udang Galah dan Mee Tonggek Sotong XXL yang diusahakan Mahadzir Zakaria.

mee tonggek

Mana tidaknya, udang dan sotong bersaiz jumbo yang disediakan untuk kulinari berkenaan cukup menangkap perhatian ramai.

Berkongsi keunikan menu viral tersebut, anak jati Kedah itu memberitahu, sajian istimewa Mee Tonggek hanya dijual pada bulan Ramadan sejak 12 tahun lalu.

Baca juga Tarikan juadah autentik Rasa Selangor, Dorsett Grand Subang dan Tourism Selangor tampil kelainan untuk sajian berbuka puasa

"Apa yang saya boleh katakan, sajian ini memang berjaya memikat hati pelanggan.

"Olahan resipi tersendiri dengan sos, kicap dan sambal dibuat sendiri yang rasanya lain daripada lain ditambah udang dan sotong segar memang membuatkan hidangan ini laku keras.

Baca juga Resipi ayam percik tiga generasi laku keras, 250 batang sehari memang tak cukup

mee tonggek

"Bagi menyedapkan lagi rasa, udang galah dan sotong dimasak secara berasingan menggunakan sos mi goreng yang likat sebelum dicurahkan ke dalam dulang jualan," katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Mengakui kos barang mentah membebankan, namun akui usahawan berusia 42 tahun tersebut, dirinya mengambil untung daripada jualan mi, kuetiau, bihun dan maggi goreng yang berharga RM4 sahaja.

Baca juga Nikmati lebih 200 sajian iftar sambil hayati panorama senja, wajib cuba Tandoori Murgh dan Sup Tulang Rawan Songkla

"Untuk sajian Mee Tonggek sahaja, sebanyak 1,000 bungkusan boleh terjual pada hujung minggu berbanding 800 pek pada hari biasa manakala sebanyak 200 ekor udang dan sotong licin setiap hari," ceritanya yang menjual setiap set pada harga RM25.

mee tonggek

Mee Tonggek Udang Galah & Sotong XXL

  • Alamat: Bazar Ramadan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya
  • Waktu operasi: Bermula jam 3 petang
  • Menu signatur: Mee Tonggek Udang Galah dan sotong XXL
  • Harga: Bermula RM4 hingga RM25

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca