'Kasihnya ibu...' Enam tahun pemergian Ashraf Sinclair, catatan ibu undang sayu. BCL tak lupa ziarahi pusara

No Image Caption
A
A
A

GENAP enam tahun pemergian pelakon dan personaliti terkenal, Ashraf Sinclair, kenangan terhadap arwah masih segar dalam ingatan keluarga dan peminat. 

Allahyarham yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 40 tahun pada Februari 2020 terus dirindui insan tersayang, khususnya bonda tersayang, Khadijah Abdul Rahman.

Wanita itu tidak pernah putus-putus mendoakan kesejahteraan putera sulungnya di alam sana.

Menerusi satu catatan penuh emosi, Khadijah meluahkan rasa rindu mendalam terhadap Allahyarham yang disifatkan sebagai insan penuh kasih sayang sejak hari kelahirannya sehingga saat pemergiannya.

"Assalamualaikum. Ashraf cintaku, sudah enam tahun ALLAH SWT menjemputmu ke rahmatullah dan yang tinggal buat kami hanyalah kenangan manis tentangmu dari hari kamu dilahirkan hingga hari kamu meninggalkan kami," ujarnya.

Menurut akaun @dida_sinclair, walaupun masa terus berlalu dengan pelbagai perubahan dalam keluarga, kenangan terhadap arwah tetap menjadi memori terindah yang sentiasa dikenang.

Dalam pada itu, banyak perkara telah berlaku termasuk perkembangan anak tunggal Ashraf,  Noah Aidan Sinclair yang kini semakin meningkat remaja, selain kehidupan balu Allahyarham yang juga penyanyi terkenal, Bunga Citra Lestari, yang meneruskan kehidupan dengan fasa baharu.

No Image Caption

"Kami menghargai semua kenangan indah itu tetapi sepanjang ketiadaanmu, begitu banyak yang telah berlaku. 

Artikel Berkaitan:

"Noah telah membesar menjadi seorang remaja yang baik, Bunga telah meneruskan kehidupannya, ahli keluarga baharu telah hadir dan ramai yang tersayang telah pergi. 

"Daddy dan umi sihat dan kami tidak pernah berhenti mendoakanmu, Ashraf. Kehidupan diteruskan dan kamu sentiasa di hati kami. Dalam kenangan penuh kasih, al-Fatihah," titipnya.

Sementara itu, Bunga Citra Lestari atau mesra disapa BCL turut menziarahi pusara Allahyarham bersama Noah dan suami, Tiko Aryawardhana.

"Hari ini kita mengenang, bukan hanya kehilangan tetapi cinta yang membentuk kita.

"Satu lagi tahun telah berlalu, hidup tidak berhenti dan membawa kita ke hadapan.

"Kita sedang membina kenangan baharu sekarang namun kamu tetap terjalin dalam diri kita.

"Masih disayangi dan dikenang dalam setiap doa," titipnya.

Sekadar info, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 di Jakarta, Indonesia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.

Bunga berkahwin kali kedua dengan pasangannya, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember 2023 di Bali.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang