Tak perlu ke gimnasium, melompat tali pun boleh langsing

A
A
A

CUBA kenang kembali pada zaman kanak-kanak kita sentiasa aktif bermain lompat tali (skipping) bersama kawan-kawan. Dikala itu, aktiviti tersebut disifatkan permainan yang paling menyeronokkan.

Namun begitu, tanpa kita sedar apabila menginjak dewasa tali itu bukan sekadar 'permainan', rupa-rupanya ia membantu menyihat dan mencantikkan tubuh badan.

Ini disebabkan aktiviti melompat tali mendorong pengerakan otot secara serentak, sekali gus menguatkan sendi-sendi tulang.

Bukan itu sahaja, selain melatih kekuatan otot aktiviti berkenaan juga merangsang koordinasi iaitu keseimbangan tubuh.

Lagipun aktiviti melompat tali boleh dilakukan di kawasan lapang, taman rekreasi ataupun di halaman rumah.

Ini bermakna korang tidak perlu membayar yuran gimnasium, malah tali skipping pun tidak mahal dan tahan lama.

lompat tali

Memang rugi tau jika tidak melakukan aktiviti mudah ini khususnya buat mereka yang dalam proses menurunkan berat badan.

Justeru, apakah keistimewaan aktiviti lompat tali tambahan khususnya seawal lima minit? Jom segmen Sihat Cantik kongsikan manfaatnya:

a) Membakar lemak

b) Menguatkan sendi kaki

c) Menghilangkan stres

d) menguatkan pelbagai otot

e) Mengurangkan risiko kecederaan

f) Meningkatkan koordinasi tubuh

g) Membaiki postur

h) Melancarkan pernafasan

i) Menguatkan tulang

lompat tali

Sumber: Facebook @publichealthmalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca