Memang sedap Vegan Pai Ayam Brand dan Yumeat ni. Wajib cuba!

A
A
A

JENAMA Ayam Brand sememangnya memberi alternatif buat masyarakat yang gemar untuk memasak hidangan cepat dan mudah.

Tampil menerusi program Air Tangan Orang Kita, Cef Fazli Idris atau lebih dikenali dengan panggilan Cef Fly menggunakan produk Ayam Brand dan yumeatTM untuk resipi Vegan Pai.

Untuk sajian ini, Cef Fly menggunakan produk jenama yumeatTM yang berasaskan tumbuhan. Jenama yumeatTM merupakan jenama di bawah Ayam Brand dan diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya sukakan produk ini kerana tiada kolesterol, 46 peratus kurang lemak, 14 peratus kurang garam dan lebih tujuh kali ganda serat di dalamnya,” katanya.

Selain itu, Cef Fly menggunakan Kacang Panggang Ayam Brand yang padat dengan serat serta bagus untuk penghadaman.

“Apa yang penting, ia juga kaya dengan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan,” katanya.

Beliau turut menggunakan Kacang Pea Hijau Ayam Brand yang bebas pengawet, pewarna serta tanpa tambahan Monosodium Glutamat (MSG).

Kacang Pea Hijau Ayam Brand juga boleh didapati dengan dua saiz iaitu 200 gram dan 400 gram.

Produk Ayam Brand dan yumeatTM juga tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dimasak kerana kesemuanya boleh dimakan terus (ready to eat).

Semua produk Ayam Brand dan yumeatTM boleh didapati di pasar raya besar seperti Giant, Aeon, Jaya Grocer, Village Grocer, pasar raya atau kedai runcit di seluruh negara.

Pembelian e-dagang juga boleh dilakukan di platform Shopee dan Lazada menerusi @AYAM BRAND OFFICIAL STORE.

Bahan-bahan:

1 biji bawang holland

4 ulas bawang putih

Thyme

Daun pasli (dipotong)

Kentang putar

Lobak merah

Cendawan butang

Lada benggala

Kacang Panggang Ayam Brand

Daging Lunceon berasaskan

tumbuhan yumeatTM

Kacang Pea hijau Ayam Brand

Tomato Cincang Ayam Brand

2 sudu minyak masak

Garam

Gula

Serbuk lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang holland dan bawang putih.
  2. Masukkan lobak, cendawan butang dan lada benggala. Tumis sehingga masak.
  3. Masukkan produk yumeat™', tyhme, garam, gula dan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan Tomato Cincang Ayam Brand. Biar mendidih selama dua minit.
  5. Masukkan Kacang Panggang Ayam Brand dan Kacang Pea Ayam Brand.
  6. Masukkan daun pasli yang telah dipotong.
  7. Kemudian, sapukan loyang dengan sedikit minyak.
  8. Masukkan inti tadi ke dalam loyang  dan ratakan.
  9. Letakkan kentang putar ke atas inti tadi. Ratakan. Garis di atasnya menggunakan garpu.
  10. Bakar dalam ketuhar 200 darjah celcius selama 5 minit.

Baca juga Laksam guna produk Ayam Brand. Gerenti lebih mudah, cepat dan tak renyah

Jangan lupa follow kami di Instagram! Layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca