MEMILIKI kulit wajah bersih dan berseri  merupakan impian setiap individu yang mana golongan jejaka juga tidak terkecuali.

Justeru, untuk mendapatkan kulit sedemikian ia memerlukan rejim penjagaan wajah yang betuk dan sistem.

Bagaimanpun, bagi sesetengah lelaki mereka menyifatkan rutin itu sangat  melecehkan. Lama-kelamaan tanpa disedari dek sikap sambil lewa tersebut telah menjejaskan kondisi kulit wajah pada jangka masa panjang.

lelaki

Bagi kondisi kulit wajah kaum Adam kekal sihat dan anjal segmen Cantik Sihat hari ini memaparkan 4 tip yang boleh diamalkan

1 Krim pelembap

Selain krim pelindung matahari, lelaki juga disarankan memakai krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit wajah.

Ia bertujuan untuk mengekalkan kelembapan dan membekalkan vitamin pada kulit wajah supaya kelihatan segar dan sihat.

2 Pelindung ultra violet

Sebelum melakukan sebarang tugasan di luar rumah pastikan kulit wajah dilapisi dengan olesen krim pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada sinaran radiasi ultraviolet (UV).

Tabiat tidak menyapu krim pelindung UV boleh mengakibatkan pigmentasi dan masalah kulit terbakar termasuk mempercepatkan kadar penuaan.

3 Kerap bercukur menyebabkan iritasi

Iklan

lelaki

Bagi lelaki yang gemar memiliki sedikit bulu pada bahagian muka, kemaskan ia dengan menggunakan pencukur secara berkala.

Jangan terlalu kerap membuang bulu pada muka kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan iritasi dan kegatalan.

Iklan

4 Bersihkan bulu hidung

Selain bulu pada muka aspek kebersihan bulu kening dan bulu hidung juga wajar dititiberatkan bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada individu sekeliling.

Memadai kemaskan bulu kening agar tidak tampak serabut dan jangan sesekali mencukurnya sehingga hilang bentuk aslinya.

Lagipun tidak sesuai lelaki cukur kening!