Menarik, KKM 'belanja' set untuk kuruskan badan yang berkesan, selamat

No Image Caption
A
A
A

HASRAT untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang sangat utuh. Namun begitu, ramai yang gagal sama ada mereka berhenti separuh jalan ataupun berat badan tidak susut meskipun pelbagai usaha telah dilakukan.

Semalam, menerusi akaun Twitter @KKMPutrajaya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi kepada orang ramai mengenai ‘slimming set’ atau set menguruskan badan.

Kongsi KKM, set itu sangat berkesan dan dijamin selamat untuk diamalkan terutamanya buat mereka yang sedang berhajat ingin mendapatkan berat badan yang ideal.

Menariknya, slimming set tersebut mempunyai tiga program yang perlu diikuti iaitu makan tanpa berlapar, air untuk detok dan bakar lemak.

Artikel berkaitan: ‘Bahaya’ makan nasi ganggu proses diet? Mereka yang nak turunkan berat badan kena baca ni…

Berikut perician mengenai tiga 'slimming set' berkenaan:

  • Menerusi makan tanpa berlapar, setiap individu perlu mengamalkan pengambilan makanan menggunakan konsep suku-suku separuh sebanyak tiga kali sehari.

"Makanan tersebut yang lengkap dengan vitamin, mineral dan serat adalah lulus KKM dan dijamin kesihatan berpanjangan," tulisnya.

  • Bagi membantu detoksifikasi badan secara semula jadi pula, air kosong perlu diminum sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Kaedah berkenaan bukan sahaja dijamin selamat, malah minum air kosong merupakan cara terbaik ingin kelihatan awet muda.
  • Untuk membakar lemak degil ataupun lebih mesra dengan panggilan ‘fat burner’, orang ramai hanya perlu melakukan senaman sebanyak lima kali dalam satu minggu.

"Ingat, senaman boleh membantu meningkat metabolisma dan mengurangkan stres. Tidur juga lebih lena dan kekal bertenaga keesokkan harinya,".

Jadi, buat pembaca SinarPlus di luar sana, kawal diet pemakanan seharian dan sentiasa menjaga gaya hidup seharian adalah kunci kepada semua masalah kesihatan. Moga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca