MELIHAT kuih-muih yang dijual di bazar Ramadan terasa ingin borong kesemuanya. Tetapi mengenangkan harga dengan kuantiti rasa lebih berbaloi jika masak sendiri. 

Maka hari ini tak perlulah bersesak-sesak ke bazar mencari pemanis mulut untuk berbuka. 

Jom cuba satu resipi kuih tradisional iaitu kuih seri muka yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Masni Bahari. 

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya:

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH

  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit garam

Baca juga: Puding Karamel Gebu, Enak Dimakan Sejuk Lepas Berbuka

CARA PENYEDIAANNYA

1. Rendam beras pulut selama satu jam.

2. Kemudian satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati dan kukus pulut sehingga masak. 

3. Seterusnya masukkan pulut ke dalam loyang dan padatkan. 

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS

  • 1 kotak kecil santan
  • 1 kotak air pandan (sukat menggunakan kotak santan)
  • ½ cawan gula
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Pewarna hijau
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAANNYA

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar kemudian kisar sehingga sebati. 

2. Seterusnya, masak sebentar bancuhan tersebut dengan menggunakan api perlahan.

3. Apabila bancuhan sudah suam, tuangkan ke atas loyang pulut. 

4. Kemudian kukus selama 40 minit. 

Iklan

5. Usai kukus, sejukkan kuih sebelum ia sedia untuk dihidangkan. 

Sungguh mudah kan? 

Menurut Masni Bahari, untuk mendapatkan hasil kuih seri muka yang baik perlu ikuti sukatan dan cara penyediaan dengan betul. 

Sekiranya ‘derhaka’ pasti kuih seri muka kelihatan tidak sempurna.  

Jadi apa tunggu lagi, boleh mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak petang nanti. 

Iklan

Selamat mencuba!

Baca juga: Puding Pandan Thai Cair Di Mulut, Enak Disaji Tika Berbuka

Baca juga: Membayangkan Tekak Dibasahi Air Soda Laici Herba Memang Menggiurkan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI