SETELAH seharian berpuasa pasti menginginkan sesuatu yang segar untuk diminum sewaktu berbuka. 

Kali ini SinarPlus ingin berkongsi satu resipi Soda Laici Herba.

Maka hari ini tak perlu beratur beli air di bazar Ramadan cuma perlu pergi ke kedai membeli bahan-bahan air ini.

Usah khuatir, cara pembuatannya cukup mudah dan pasti menjadi selagi mengikuti langkah yang betul.

Berikut perincian resipi dan cara penyediaannya:

Baca juga: Kuih Lompang Umpama Air Tangan Ibu Mudah Untuk Disediakan

BAHAN-BAHAN

  • 1 botol besar ais krim soda
  • 1 tin buah laici
  • Asam boi putih
  • 2 biji lemon
  • 3 batang serai yang diketuk
  • 15 helai daun pudina
  • Air batu secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN

1. Cuci kesemua bahan sehingga bersih.

2. Kemudian, hiris nipis satu biji lemon dan masukkan ke dalam jag air. 

3. Seterusnya, ramas daun pudina sehingga keluar aromanya dan masukkan ke dalam jag.

4. Masukkan asam boi dan satu tin laici berserta airnya. 

5. Kemudian, tuangkan air ais krim soda dan air batu. 

Iklan

6. Perahkan satu biji lemon dan masukkan serai yang diketuk.

7. Kacau sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan. 

Sungguh mudah kan?

Jadi apa tunggu lagi, boleh serbu kedai runcit berdekatan untuk dapatkan bahan-bahannya.

Iklan

Selamat mencuba!

Baca juga: Tak Cukup Segelas, Resipi Air Laici Coconut Jelly Memang Menyegarkan!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI