TARIKH 11.11 nanti menyaksikan tawaran kaw kaw disajikan Shopee kepada kaki shopping yang sudah bersiap siaga untuk membeli-belah item idaman.

Tak perlu tunggu 11 November nanti untuk shopping kerana kalian sudah boleh chup dan simpan produk pilihan di dalam troli online dulu.

Cuma paling penting, anda kena peka masa slot jualan istimewa 11.11 Knockout Deals yang ditetapkan untuk merebut kuota terhad yang ditawarkan.

Masa pembelian juga berbeza pada setiap slot, jadi jangan keliru dan ketinggalan untuk membeli barangan yang sudah disimpan di dalam troli online.

11.11 Deals

Sudah pasti, barangan elektrik menjadi tumpuan kerana harga yang ditawarkan memang murah sampaikan ramai netizen kata ia tak masuk akal.

Bayangkan Gintell Sportrek Plus Treadmill yang berharga RM8,888 dijual hanya RM11 pada jam 11 pagi pada 11 November nanti.

 

Boleh berpinau biji mata bila melihat tawaran istimewa jenama terkemuka berkenaan yang memang murah sangat.

Fakta ringkas mengenai perkakas senaman tersebut seperti berikut:
i) Tiga fungsi program kecergasan iaitu beginner, weight loss dan profesional.

11.11 Dealsii) Dilengkapi pad antilicin dan sistem ICS Cushioning untuk memberi perlindungan pada bahagian pinggang, lutut dan buku lali.
iii) Mempunyai paparan skrin navigasi pintar untuk pengendalian mudah.
iv) Sistem Hydraulic Folding untuk simpanan mudah dan menjimatkan ruang.

Roborock DYAD Pro Floor Washer

Antara perkakas rumah yang dicari-cari para ibu yang mahukan kerja pembersihan lantai lebih cekap dan pintar.

11.11 DealsRoborock DYAD Pro Floor Washer tanpa wayar itu mempunyai kuasa sedutan hingga 17,000Pa dengan berat 4.8 kilogram.

Paling penting, kapasiti bateri 4000mAh boleh bertahan hingga 43 minit masa penggunaan.

Paling best, pembersih lantai itu mempunyai keupayaan untuk self-drying secara automatik dan mempunyai sensor pintar DirTect yang berfungsi untuk menyental kotoran mengikut jenis serta keluasan.

11.11 DealsBaca juga Jualan 11.11 Shopee Special kaw kaw, kerusi urut Ogawa dijual cuma RM11 sahaja! Memang rugi kalau terlepas

Jualan hebat sempena Shopee 11.11 Deals menjadikan harga asal iaitu RM2,399 dikurangkan menjadi RM11 jer. Murah gila!

OPPO Reno10 Pro+ 5G

Antara jenama telefon pintar yang diminati ramai kerana fungsi kamera menakjubkan pada harga boleh tahan.

Iklan

Mungkin rugi kalau lepaskan peluang untuk membeli OPPO Reno10 Pro+ 5G yang berharga RM3,499 tapi dijual hanya RM11 jer pada 11 November nanti.

11.11 Deals

Lagi jimat kalau buat pembelian bundle dengan pakej add-on special seperti jam pintar dan tawaran lanjutan waranti pada harga lebih menguntungkan.

Banyak lagi tawaran hebat disajikan sempena Jualan 11.11 Shopee yang mungkin buat kalian tak senang duduk.

11.11 DealsBaca juga Tengah bulan pun boleh berbelanja sakan, jangan lepaskan Jualan Shopee Super RM1 Seringgit untuk item terpilih

Midea 1.8L Functional Pot, Ogawa Massage Chair, Kitchenz Large Door Wardrobe, Xiaomi Smart 8 dan banyak lagi ditawarkan untuk tempoh terhad.

Jadi, apa tunggu lagi? Kalian boleh survey dulu stok barang kering dan keperluan harian kerana harga ditawarkan lagi murah dan menjimatkan.

Iklan

11.11 DealsPaling penting, tebus baucer istimewa yang ditawarkan setiap hari dan pilih seller yang dipercayai. Lagi satu, jangan membazir ya!

Okey! Selamat bershopping.

11.11 DealsLayari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang