Meta perkenalkan aplikasi baharu, Threads ala-ala Twitter dengan fungsi lebih menarik. Ini info wajib ambil tahu
META baru-baru ini memperkenalkan aplikasi terbaharu, Threads yang disifatkan persis seperti Twitter.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg dalam laman rasmi berkata, perkongsian cara baharu melalui teks itu dibangunkan oleh team Instagram.
"Threads menawarkan ruang baharu yang berasingan di dalam platform tersebut untuk pencipta konten mengemas kini info terbaharu dan perbualan awam pada masa nyata.
"Pihak kami sedang berusaha menjadikan Threads serasi dengan rangkaian sosial terbuka dan saling beroperasi, seiring misi membentuk masa depan internet multifungsi.
"Paling penting, jaminan keselamatan data pelanggan menjadi keutamaan kami," katanya.
Jika dilihat, antara muka Threads lebih kurang sama Twitter dengan elemen (antara muka) seperti Instagram.
Bagaimana caranya nak join Threads berkenaan? Hanya satu langkah mudah iaitu kalian hanya guna akaun Instagram sedia ada untuk log masuk.
Aplikasi itu juga sudah tersedia di iOS dan Android.
Kemudian nama pengguna dan pengesahan akan diberikan dengan pilihan untuk kesesuaian profil diri khusus untuk Threads.
Baca juga Tingkatkan ‘engagement’ bisnes, Meta tampil bantu perkenal cara terbaik guna aplikasi digital
Baca juga Facebook dan Instagram bakal ditutup bermula di Eropah? Ramai netizen bahas isu hak privasi pengguna
Bagi pengguna bawah umur 16 tahun atau 18 tahun di negara tertentu, mereka akan defaulted ke profil peribadi jika menyertai Threads.
Paling best, ciri kebolehcapaian seperti sokongan pembaca skrin dan penerangan imej dijana oleh kecerdasan buatan.
Perkongsian teks pula hingga 500 aksara manakala video, foto atau pautan hingga 5 minit. Menarik, kan?
Jadi, siapa yang sudah muat turun aplikasi berkenaan? Boleh kongsi pengalaman kalian di ruang komen kami nanti ya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang