Makan mi basah berbau pengawet? Ini rupanya yang berlaku bila ia dihadam tubuh

A
A
A

MESTI ramai yang risau apabila 'terbeli' mi yang hendak dimasak berbau terlalu kuat bukan? Yang menimbulkan kebimbangan, takut ia mengandungi bahan kimia katanya...

Sekiranya itu yang difikirkan, eloklah baca perkongsian ahli kimia yang juga Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM, ChM Dr Fatimah Salim ini.

Sebab rasa pahit

Mi basah yang biasanya berasa pahit adalah disebabkan terlebih bahan kimia natrium bikarbonat (aka soda bikarbonat).

Ada pula mi kuning yang berbau hancing yang mana disebabkan terlebihnya bahan kimia ammonia hidroksida.

Kedua, bahan kimia ini bertujuan sebagai bahan pengawet dan memberikan struktur pejal dalam pembuatan mi basah. Kalau tidak, mi tidak berupaya tahan lebih lama dan mudah berkulat.

Dalam kuantiti yang sedikit, mi tidak akan memberikan bau dan rasa yang kuat. Kandungan secara berlebihan itu adalah punca bau dah rasa yang kuat.

Untuk mengurangkan bau dan rasa yang kuat ini, mi kuning boleh dibilas dengan air panas sekali dan diikuti dengan air biasa beberapa kali.

"Pagi tadi saya masak mee goreng kosong. Setelah lama berujikaji, memerhati dan mendapatkan maklum balas, penghuni rumah kami lebih sukakan mee goreng kosong. Maka, tidak perlulah saya berusaha lebih jika tiada yang menghargai ?.

Saja hiris halus daun sup sebagai bahan perasa dan pewangi tambahan. Biasa mee kosong seperti ini, kami makan dengan cili dan bawang putih jeruk cuka. Saya tumbuk bagi hancur dan campurkan sedikit garam.

Saja kongsikan jenama mee kuning yang menepati piawaian cukup-cukup bahan kimia pengawet, setakat ini. Boleh kongsikan juga mana-mana jenama lain di ruangan komen untuk membantu ahli lain dalam memilih. Semestinya, membuat mee kuning sendiri adalah yang terbaik," kongsi beliau di posting Facebook page Makmal Makanan (MaMa) baru-baru ini.

Perkongsian Dr Fatimah.

Jenis mi yang dikongsikan Dr Fatimah.

Bahan kimia pengawet tak berkumpul dalam badan

Dalam pada itu, Dr Fatimah turut menitipkan nota berkenaan kimia pengawet dalam mi.

"Nota: Bahan kimia pengawet ini tidak akan berkumpul dalam badan ya jika diambil secara bersederhana.

Mohon maklum, terdapat satu bidang kajian yang dipanggil pharmacokinetic yang mana mengkaji aktiviti pergerakkan segala bahan kimia yang masuk dalam badan kita termasuklah serapan, pertukaran kimia dan dos yang boleh memberikan kesan sampingan.

Dan yang melibatkan makanan, jika telah digariskan oleh FDA kuantitinya (dos), maka ianya selamat. Selebihnya ambil tahu tahap kesihatan diri. Usah pukul rata," kongsinya.

Ada yang risau makan mi basah lagi? Moga perkongsian beliau ini membantu menambahkan pengetahuan kita. -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca