MUNGKIN ramai akan tersenyum lebar sebaik mengetahui Fasa 3 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) telah dibuka kepada orang ramai baru-baru ini atau secara tepatnya pada 24 April lalu.

Semestinya, ia merupakan berita kepada kaki shopping yang mahu membeli barang berjenama pada harga rendah.

Masakan tidak, Fasa 3 menampilkan zon sukan paling bergaya dan pelbagai pilihan kelengkapan kediaman dan kehidupan kontemporari.

Dengan keluasan 82,885 kaki persegi, jenama OBJET dan COURTS serta kedai konsep baharu oleh adidas, Nike dan PUMA berada saling berdekatan.

OBJET antara lain menawarkan pelbagai barangan dan produk yang direka untuk melengkapkan setiap ruang kediaman, dari dapur ke ruang makan dan ruang tamu ke bilik tidur dan bilik mandi.

Sama ada hiasan berseni atau ringkas, mewah atau selesa, berlebihan atau minimalis pascamoden, OBJET menyediakan sesuatu yang sesuai dengan mood, gaya dan cita rasa yang berbeza untuk apa jua keadaan.

Untuk pengetahuan semua, OBJET di MOP KLIA ialah outlet pertama seumpamanya di Malaysia.

Apa yang ada di COURTS? Okey, di sini jenama itu menawarkan pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan dengan ruang kedai mesra pengguna.

Pelbagai pilihan daripada produk elektrik, IT, perabot dan peralatan tempat tidur boleh didapati.

adidas Factory Outlet baharu di MOP KLIA merupakan cawangan outlet terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan konsep outlet premium dengan membawakan produk bertaraf tinggi merentasi pelbagai kategori sukan.

Kedai konsep PUMA pula ialah outlet besar yang pertama bagi jenama ini. Ini merupakan sebuah lagi kedai sukan menarik yang boleh dinantikan oleh pembeli, yang juga merupakan kedai terbesar di Asia Tenggara.

Iklan

Turut berada dalam zon sukan Fasa 3 ialah kedai konsep Nike yang pertama iaitu Nike Unite KLIA.

Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd, TJ Cheah berkata, pelancaran Fasa 3 adalah tepat pada masanya untuk mengalu-alukan peningkatan trafik pengunjung di pusat beli-belah itu.

“MOP KLIA semakin popular sebagai destinasi membeli-belah untuk barangan berjenama dan pusat beli-belah ini telah menyaksikan peningkatan yang besar bagi bilangan pengunjung dalam kedai-kedainya sejak beberapa tahun lalu.

Iklan

“Pencapaian MOP KLIA meningkat pada musim cuti lalu yang membawa kepada kejayaan jualan akhir tahunnya yang berlangsung dari Disember 2021 hingga pertengahan Januari tahun ini,” katanya.

MFMA Development SDN BHD (MFMA) ialah syarikat usaha sama antara Mitsui Fudosan CO LTD (Mitsui Fudosan) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airport).

MOP KLIA semakin popular sebagai destinasi membeli-belah untuk barangan berjenama dan pusat beli-belah ini telah menyaksikan peningkatan yang besar bagi bilangan pengunjung dalam kedai-kedainya sejak beberapa tahun lalu.

Apabila semakin besar, pastinya kapasiti tempat letak kereta untuk memenuhi peningkatan trafik masuk ke pusat beli-belah itu disediakan. Jadi, anda tak perlu risau ya!

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran, promosi dan acara yang akan datang di MOP KLIA, sila layari www.mitsuioutletparkklia.com.my atau www.facebook.com/MOPKLIA.