TAHUKAH anda bahawa jangka hayat lelaki di Malaysia pada tahun 2017 adalah hampir lima tahun lebih pendek berbanding wanita di negara ini?

Buat masa ini ia berada sekitar angka 72.7 tahun berbanding dengan 77.4 tahun untuk wanita, walaupun lelaki menyumbang kepada lebih daripada separuh jumlah populasi di Malaysia.

Sebahagian besar kematian pramatang di kalangan lelaki (68 peratus) adalah disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit (NCD), diikuti oleh penyakit berjangkit (20 peratus) dan disebabkan kecederaan (12 peratus).

Dengan kadar peningkatan yang mencemaskan berkaitan dengan NCD, terdapat satu lagi sebab utama mengapa rawatan untuk lelaki amat kurang di Malaysia terutama sekali tahap kesedaran yang rendah, kurangnya perbincangan terbuka, dan tabiat mengutamakan kesihatan yang lemah dalam kalangan lelaki.

Seiringan dengan gerakan global Movember bulan ini, yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai isu-isu kesihatan lelaki yang serius seperti barah prostat dan barah testicular.

Jadi, kini banyak pihak yang sedang giat mengadakan ceramah dan menggalakkan perbincangan terbuka yang lebih banyak berhubung kesihatan lelaki supaya mereka boleh menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.

#Movember adalah singkatan kepada kempen kesedaran kesihatan lelaki pada November setiap tahun.

Diperkenalkan 2003 untuk meningkatkan kesedaran Kanser Prostat, tahun ini MOVEMBER turut menekankan kesihatan mental dan kecergasan.

Iklan

Apatah lagi pandemik Covid-19 telah menjejaskan ekonomi dan ramai hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Sebagai ketua keluarga, keadaan itu menyebabkan emosi lelaki terganggu dan mempengaruhi kesihatan mental.

Iklan

Oleh itu, dapatkan bantuan atau bercakaplah dengan seseorang. Kesihatan mental milik semua, tidak kira anda lelaki atau wanita.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)