Mudah! Bayar cukai jalan, beli insurans hanya di kios Payquik 24 jam

No Image Caption
A
A
A

SEJAK tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih dua juta cukai jalan tidak diperbaharui, dedah Jabatan Pengangkutan Jalan.

Melihat kepada situasi itu dan dalam usaha untuk memudahkan pembaharuan cukai jalan serta mengurangkan jumlah kenderaan yang tidak mempunyai insurans, Zurich General Insurance Malaysia Berhad memperkenalkan kios Payquick.

Perkhidmatan itu merupakan kerjasama antara Zurich bersama  Finology Sdn Bhd (Finology) dan PayLink Global (M) Sdn Bhd.

Setakat ini, terdapat kira-kira 250 buah kios yang disediakan di lokasi strategik seperti di pusat beli-belah dan bangunan kerajaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Zurich, Junior Cho.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Finology, Jared Lim berkata, masih terdapat pengguna yang lebih gemar membayar menggunakan wang tunai.

“Justeru, pembelian insurans kenderaan dan pembaharuan cukai jalan melalui kios adalah alternatif terbaik. Tambahan pula, ia berfungsi 24 jam,“ ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.zurich.com.my.     

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca