KINI semuanya dihujung jari! Seperti ramai sedia maklum, kini kita boleh membeli-belah atau melakukan pelbagai perkara dengan hanya menggunakan perkhidmatan aplikasi mudah alih.

Nak makan? Order sahaja online. Pilih menu, buat bayaran dan zass terus sampai depan mata. Nak ke pejabat atau ke mana sahaja destinasi pilihan? Order sahaja aplikasi seperti Grab umpamanya terus sampai depan rumah gais. Nak shopping? Lagi mudah… buat sahaja carian di Google pasti jumpa punya barangan yang korang inginkan.

Sementara itu kalau korang nak tahu, jual beli kereta juga boleh dilakukan melalui atas talian seperti yang ditawarkan oleh MyTukar yang berperanan mempercepatkan peluang kenderaan lama korang untuk dijual.

MyTukar merupakan platform perdagangan kereta terpakai yang paling pesat berkembang di Malaysia hari ini.

Terbaharu, platform perdagangan kereta terpakai tersebut bekerjasama dengan Pembiayaan Rantaian Pembekalan dan P2P, CapBay untuk menjayakan program MyTukar Dynamic Dealership, iaitu pembiayaan satu klik bersepadu untuk peniaga kereta terpakai.

Iklan

Program tersebut bertujuan menawarkan pengalaman pembiayaan tanpa gangguan untuk semua pengedar sah mereka di Malaysia dengan jumlah pembiayaan hingga RM300 juta.

Antara kemudahan perkhidmatan kewangan komprehensif dengan menyediakan ‘penyelesaian sehenti’ buat peniaga sah MyTukar dalam mengendalikan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Iklan

Di bawah program itu peniaga bakal mendapat manfaat seperti:

  • Dengan penambahan kemudahan kewangan CapBay, peniaga sah akan menerima had kredit pusingan pra-diluluskan bernilai RM100,000 untuk membeli kereta daripada platform myTukar.
  • Kemudahan pusingan untuk pengurusan inventori, pembiayaan perdagangan dan modal kerja hingga RM500,000. Ini membolehkan pengedar sah myTukar menguruskan aliran tunai lebih baik dengan memberikan margin kewangan lebih tinggi untuk semua pengeluaran.
  • Kemudahan pembiayaan pusingan membolehkan peniaga sah myTukar membeli kenderaan dan menyenaraikannya di platform penawaran kereta dalam talian myTukar untuk mendapatkan harga lebih tinggi untuk inventori mereka.
  • Program MyTukar Dynamic Dealership menawarkan pembiayaan tanpa gangguan untuk melengkapkan pengalaman membeli kereta di platform myTukar.
  • Peniaga boleh membayar baki margin pembiayaan menggunakan kemudahan tersebut.
  • Dengan kata lain, peniaga sah boleh menerima pembiayaan jangka pendek tanpa pengeluaran tunai untuk pembelian dan mampu membebaskan aliran tunai untuk pelaburan atau peluang perniagaan lain.