Mudahnya buat tortilla wrap homemade, hanya 5 bahan sedap & mengenyangkan, jimat duit

TORTILLA adalah menu yang selalu menjadi pilihan untuk bekalan. Diisi dengan pelbagai inti, ia adalah menu yang sedap dan mengenyangkan serta kaya dengan khasiat.

Selalunya kalau nak buat tortilla, kita akan beli sahaja kulit tortilla yang siap. Sepaket untuk lapan keping harganya mencecah RM8.00, kalau keluarga besar rasanya lebih berbaloi buat sendiri.

Baca juga: Sedapnya bingka ubi kayu bakar guna air fryer, mudah dan cepat, tak perlu oven

Resipi tortilla wrap atau kulit tortilla yang dikongsikan oleh Ana Mohd ini cukup mudah dan lazat.

Hanya mengunakan lima bahan, boleh menghasilkan lebih 20 keping kulit tortilla bersaiz sederhana.

Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender

Selagi boleh berjimat, kita berjimat. Jom pelajari cara membuat kulit tortilla daripada resipi Ana ini.

“Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri dan frozen. Nak makn defrost dan bakar sekejap. Mudah kerja. Jimat pun jimat.

“Tu buat untuk bekal sarapan pagi suami. Mudah nak makan buat saiz comel-comel,” kongsinya.

Baca juga:

KULIT TORTILLA

Bahan-bahan
2 cawan tepng gandum
3 sudu besar minyak masak atau minyak zaitun
3/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3/4 hingga 1/2 cawan air panas

Cara penyediaan

1-Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

2-Apabila sudah agak suam terus uli menjadi doh yang lembut.

3-Tutup doh dengan menggunakan kain lembap selama 20 minit.

4-Kemudian bahagikan adunan kepada saiz yang sama dan bulatkan.

5- Canaikan ia dan bakar di atas kuali yang sudah dipanaskan.

6-Kalau kulit tortilla frozen, bakar sekejap sahaja.

7-Untuk kulit tortilla dimakan terus, bakar hingga seperti di dalam gambar di atas. Anggaran masa ialah satu minit bagi setiap sebelah permukaannya.

Baca juga: Meriahnya! Resipi mi goreng sedap 60 orang makan, idea menarik potluck atau jamuan. Jimat belanja!

Iklan

KULIT TORTILLA BAWANG PUTIH

Untuk menyediakan kulit tortilla bawang putih, Ana berkongsi caranya.

“Tiga sudu besar minyak dipanaskn dantumis dua ulas bawang putih cincng hingga naik bau.

“Tutup api dan biarkn sejuk dahulu baru dimasukkan ke dalam dengan tepung dan bahan,” titipnya.

INTI TORTILLA IKUT SELERA SENDIRI

Sudah siap kulit, Ana kongsi pula cara menyediakan inti tortilla.

Iklan

“Untuk inti ikut selera masing-masing. Saya cuma perap ayam dengan sos tiram, sos lada hitm dan gril.

“Letak salad, lobak merah, timun, tomato, bawang dan sos cili. Sayuran toskan sampai kering untuk mengelakkan cepat basi,” kongsi Ana.

Jelasnya lagi, anda boleh menggunakan filet ayam atau ikan. Curahan mayonis dan kepingan keju menambahkan kelazatan tortilla anda.

Selamat mencuba!

Baca juga: Jimat belanja! Resipi sapuan coklat ala Nutella homemade, no sugar. Mak-mak boleh buat sendiri

Sumber: Ana Mohd

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.