Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender

MASAKAN Melayu selalunya tak dapat lari daripada rasa pedas dan berempah, sebab itulah cili kering dikisar atau lebih kenali sebagai cili blender, cili giling atau cili boh memang bahan wajib ada di setiap dapur.

Bukan sahaja sebagai bahan masakan bersambal, cili kering siap kisar ini rencah sajian gorengan seperti mi, mihun mahupun menu gulai.

Baca juga: Lebih 59,000 share, petua tumit hitam merekah flawless dengan dua bahan

Masalah utama mak-mak ialah stok cili kering cepat rosak. Dah simpan dalam peti sejuk pun kulat putih muncul bertompok pada permukaan. Dah lah berkulat, baunya pula tengik. Nak tak nak memang terpaksa buang.

Walaupun dah mencuba pelbagai petua seperti mengisar dengan minyak, ramai yang mengakui stok cili mudah berkulat.

Baca juga: Blender cili & bawang putih, sembur seminggu sekali hapuskan perosak tanaman cara organik. Selamat dan jimat!

PETUA CILI KERING KISAR TAK LEKAS BERKULAT

Tak salah rasanya kita cuba petua yang dikongsikan Cik Yuyun Mikhairi ini.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Ujarnya, petua cili kering kisar lambat rosak atau basi ialah dengan memasukkan garam ketika merebusnya. Berikut langkah-langkah petua:

1-Semasa merebus cili, letakkan lima sudu teh garam.

2-Rebus cili tersebut hingga masak.

3-Kemudian bilaskan ia dengan air suam.

4-Toskan dan kemudian kisar dengan satu sudu teh garam.

“Insya-ALLAH dengan cara ini stok cili kering kisar akan tahan selama sebulan dua,” ujarnya.

Baca juga: Daging mudah empuk dengan tomato wanita ini kongsi caranya, tak perlu pressure cooker, jimatkan masa

PETUA CILI API TAK MUDAH BUSUK

Iklan
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Tak hanya cili kering kisar, cili api juga bahan yang selalu dijadikan rencah masakan masyarakat kita.

Terpaksa membeli satu paket atau dalam kuantit yang banyak, sayang pula kalau ia rosak begitu sahaja.

Apa kata ikut petua ini. Cik Yuyun turut berkongsi tip menyimpan cili api agar tidak lekas busuk.

1-Sebelum disimpan buang bahagian tangkainya.
2-Cuci bersih dan tos cili sehingga kering.
3-Simpan di dalam bekas bertutup bersama tiga hingga empat ulas bawang putih yang telah dikupas.
4-Simpan stok cili api ini di bahagian chiller peti sejuk anda.
5-Insya-ALLAH akan tahan dua hingga tiga minggu.

Moga bermanfaat!

Iklan

Baca juga: Cuci perut lembu, tak perlu kikis sampai putih, nak mudah ikut tip ini

Sumber: Cik Yuyun Mikhairi

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.