Mudahnya cara untuk elak serangan penyakit buah pinggang. Ini 10 cara mudah untuk kita praktiskan

A
A
A

BUAH pinggang adalah antara organ yang paling penting dalam tubuh manusia yang mana peranan utamanya adalah untuk membuang produk sisa dan membersihkan darah.

Selain mengeluarkan air tambahan, mineral dan bahan kimia, buah pinggang juga membantu mengawal air dan mineral seperti natrium, kalium, kalsium, fosforus dan bikarbonat dalam badan.

Pun demikian, menurut laman web kidneyeducation.com, pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang kronik, pengawalan cecair dan elektrolit mungkin tidak betul.

Oleh sebab itu, pengambilan air, garam biasa atau kalium boleh menyebabkan gangguan serius dalam keseimbangan cecair.

Sebaliknya, untuk mengurangkan beban pada buah pinggang yang kurang berfungsi dan untuk mengelakkan gangguan dalam keseimbangan cecair dan elektrolit, pesakit harus mengubahsuai diet mereka mengikut nasihat doktor dan pakar pemakanan.

Namun demikian, perlu diingatkan, tiada satu pemakanan tetap untuk pesakit penyakit buah pinggang kronik.

Lazimnya, setiap pesakit akan diberi nasihat pemakanan yang berbeza bergantung kepada status klinikal, tahap kegagalan buah pinggang dan masalah perubatan lain, selain nasihat pemakanan perlu diubah untuk pesakit yang sama pada masa yang berlainan.

Jadi, bersempena dengan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada hari ini, SinarPlus kongsikan 10 cara penjagaan buah pinggang yang boleh diamalkan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya adalah:

i. Mengekalkan berat badan yang ideal.

ii. Praktikkan makanan yang seimbang.

iii. Elak pengambilan makanan segera dan kandungan garam yang tinggi.

iv. Elak minuman bergula.

v. Bersenam 150 minit seminggu.

vi. Menjaga paras gula jika mempunyai masalah kencing manis.

vii. Mengawal paras tekanan darah normal.

viii. Mengelak mengambil ubat atau produk yang tidak dikawal selia.

ix. Mengikut saranan doktor yang merawat.

x. Membuat ujian saringan awal jika berisiko.

Artikel berkaitan: Hati-hati, sakit buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak

Justeru, kepada semua rakyat Malaysia, ikuti saranan yang disyorkan. Kesihatan adalah berharga daripada wang ringgit!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca