Mudahnya! Hanya guna 2 bahan buat sendiri jer air freshner, baju wangi almari pun tak berkulat

BIASANYA almari pakaian mengalami masalah timbul kulat pada bahagian dinding serta barangan di dalamnya.

Jika pakaian terperuk terlalu lama, masalah tahi lalat pada pakaian serta bau yang kurang menyenangkan juga akan berlaku.

Tahukah anda bahawa puncanya adalah kerana peredaran udara yang kurang memuaskan dalam almari menyebabkan keadaan di dalamnya lembap.

Jadi untuk menyelesaikan masalah bau, kulat dan tahi lalat pada baju tidak berlaku, boleh ikut tip yang dikongsi Facebook Bezerra Good Tips ini membuat sendiri penyegar udara atau air freshner anti kulat serta pewangi.

Cuba juga Inspirasi dekor dapur sempit untuk rumah sewa tanpa kabinet. Tak mewah namun cantik, kemas & praktikal

 

Caranya;

1. Sediakan satu bekas kecil bersama penutup. Kemudian buat lubang pada penutup (boleh cucuk garfu yang dipanaskan untuk membuat lubang ini.) Buat sebanyak yang boleh lubang pada penutup.

2. Kemudian sediakan garam kasar. Masukkan dua sudu besar garam dalam bekas kecil tadi.

3. Seterusnya tuang cecair pelembut pakaian dalam bekas yang sama.

4. Ambil sudu dan gaul, pastikan tekstur bancuhan seakan pes. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.

Cuba juga Rupanya ramai tak tahu cara pasang kembali cangkuk langsir lepas cuci. Cukup mudah dan pantas, guna marker pen jer

Iklan

5.Tutup bekas kecil tadi dan letak dalam almari di sudut yang sesuai.

Ia boleh jadi bahan anti kulat dan juga pewangi. Fungsi garam kasar akan menyerap lembapan manakala pelembut pakaian akan memberi bau yang harum.

Selain itu, ini mungkin menjadi air freshner anda yang paling murah dan berkesan!

Selamat mencuba.

Iklan

Sumber: FB Bezerra good Tips

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!