Mudahnya masak kek lapis sukatan cawan ni... patut ramai share

Untitled design - 2020-06-02T174526.857
Untitled design - 2020-06-02T174526.857
A
A
A

JIKA anda penggemar kek lapis yang popular di Sarawak ini, pasti tidak akan 'mampu' hanya hendak membelinya hari-hari bukan?

Namun begitu, hendak memasaknya pula, risau tak jadi...

Jika itu keraguannya, apa kata cuba resipi mudah yang dikongsikan Facebook KEK LAPIS ini. Barangkali buat amatur memasak, bolehlah mencubanya.

Insya-ALLAH menjadi sebab mudah sangat nampaknya...

Resipi Kek Kukus Masam Manis

Resipi kali ini sangat mudah untuk kita cuba kerana hanya menggunakan 'sukatan cawan'.

Bahan-bahannya:

1. 5 biji telur

2. 1 buku mentega (250 gm)

3. 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang dikisar halus

4. 1/2 cawan gula halus

5. 1/2 tin susu pekat (tin kecil ye)

6. 1 tsp esen vanilla

7. 1 tsp baking powder

8. Asam "Haw Flakes" (mengikut citarasa - bahan wajib ye)

9. Pewarna (ikut pilihan sendiri)

Cara-caranya:

1. Didihkan air untuk kukusan. (Pastikan penutup pengukus ditutup dengan aluminium foil semasa mengukus kek nant ye)

2. Putar mentega dan gula sehingga kembang dan sebati

3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi

4. Masukkan baking powder dan putar lagi

5. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar sehingga sebati

6. Akhir sekali, masukkan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus dan juga esen vanilla. Putar sehingga adunan menjadi sebati

7. Bolehlah bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian (ikut pemilihan warna anda)

8. Warnakan setiap bahagian tadi dengan warna yang berbeza (saya memilih hijau dan kuning)

9. Lapiskan loyang 8 inci anda dengan aluminium foil.

10.Kemudian, ambil sedikit adunan warna hijau dan ratakan di dalam loyang tersebut. Kukus sehingga masak.

11.Setelah masak lapisan pertama, cucuk beberapa lubang dengan menggunakan lidi. Susun asam "Haw Flakes" menjadi lapisan dan ambil serta ratakan adunan warna kuning menjadi lapisan seterusnya. Ulang langkah ini sehingga adunan habis.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca