KUIH berasaskan ikan memang susah nak cari.

Biasanya juadah tersebut banyak dijual di Terengganu.

Jika bulan Ramadan, memang mudah nak jumpa di bazar-bazar di negeri itu.

Namun, di sesetengah tempat sukar untuk menemuinya.

Justeru, SinarPlus pada kali ini ingin kongsikan resipi popia berintikan ikan.

Resipi tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook menggunakan nama Wan N Wan M.

Katanya, bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak.

Kuih tersebut juga boleh difrozenkan jika tidak habis digoreng.

Semasa proses penyediaannya, paling penting, juadah itu perlu digulung padat dan kemas supaya hasilnya rangup sampai malam.

“Nak makan lepas tarawih pun still rangup,” ujarnya.

Berikut bahan-bahan yang diperlukan:

5/6 ekor ikan

4 ulas bwang merah kecil

1 inci halia

1 sudu kecil halba

Iklan

2 biji lada kecil – (resepi asal tak ada cili. Saja letak nak bagi ada rasa pedas tu sikit)

1 kotak 200ml santan

baca juga Resipi warisan hampir 50 tahun, mi sup daging ikonik dengan sentuhan tradisi Malaysia

baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang stail mamak enak menyelerakan. Mudah rupanya, rugi tak cuba!

Iklan

Cara penyediaan:

  1. Rebus ikan dengan sekeping asam keping dan sedikit garam. Rebus sampai ikan masak. Ikan ni boleh sahaja nak guna ikan kembung, selar, selayang atau sardin. Ikut selera masing-masing.
  2. Sambil tunggu rebus ikan, blend bawang kecil, halia dan lada kecil. Blend halus.
  3. Setelah ikan siap direbus, buang tulangnya. Ambil isinya sahaja. Hancur-hancurkan guna tangan.
  4. Selepas itu masukkan isi ikan dalam kuali. Jangan isi minyak. Masukkan terus isi ikan, bahan blend, halba dan santan.
  5. Seterusnya masukkan 200 ml santan kotak. Kalau guna santan segar, masukkan 1 cawan.
  6. Kacau sebati mengggunakan api sederhana. Masa ni boleh masukkan gula 2 sudu kecil dan garam 1/2 sudu kecil. Masak sampai kering tapi jangan terlalu kering.
  7. Nampak dah kering, tutup api. Biarkan sejuk dahulu.
  8. Dah sejuk, kita gulunglah popia inti ikan ini. Letak 1 sudu besar inti popia ni atas kulit popia. Lepas tu gulung padat dan kemas supaya popia tu still rangup sampai malam.
  9. Gulunglah semua. Untuk 5 ekor ikan, anda boleh dapat 15 hingga 17 popia.
  10. Goreng dengan minyak panas yang apinya sederhana saja. Jangan guna api besar, nanti cepat sangat kulit popia masak dan cepatlah jadi lembik kulitnya nanti.
  11. Nampak warna golden brown, bolehlah angkat.
  12. Siap dan sedia dihidang.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!