HomeLifestyleResipi Ayam Masak Bawang...

Resipi Ayam Masak Bawang stail mamak enak menyelerakan. Mudah rupanya, rugi tak cuba!

SAJIAN Ayam Masak Bawang sedap dan menyelerakan. Tak sah kalau makan menu ala mamak jika tiada hidangan ayam ini.

Menerusi perkongsian Mizah Ngatiman, rupanya menu top di restoran-restoran nasi kandar ini mudah sahaja disediakan.

Baca juga: Lebih 13,000 shares, air vanilla blue bersama aiskrim ni wajib dicuba buat berbuka puasa

Baca juga: Cara buat air katira resipi asli Johor paling sedap, original tanpa pewarna tiruan

Baca juga: Lebih 35,000 share, resipi ayam panggang ala bazar Ramadan sedap dan mudah guna air fryer

Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya:

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (lumur serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng seperti biasa)
3 biji bawang merah besar (Hiris dan goreng. Banyak lebih menyedapkan)
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia (kisar)
Daun kari
Daun pandan
Serai (diketuk)
Rempah empat sekawan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap manis (renjiskan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaaan

1-Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan bersama daun pandan dan serai.

2-Masukkan bahan kisar dan biarkan ia pecah minyak.

3-Kemudian masukkan tiga jenis serbuk dan tumis hingga pecah minyak sekali lagi.

4-Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air bersama sos tiram, sos cili, garam dan gula secukupnya.

5-Renjiskan kicap manis.

Iklan

6-Biarkan sebentar hingga kuah sedikit memekat dan terus masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

7-Masukkan sekali bawang goreng dan gaul rata.

8-Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba!

Iklan

Baca juga: Bahaya jika selalu berbuka puasa dengan makanan bergoreng, 7 fakta wanita wajib ambil tahu

Baca juga: Tular kurma & utter buat sahur, berbuka ramai cakap sedap dan ketagih mak-mak wajib cuba ni

Sumber: Mizah Ngatiman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak...

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan...