Myvi edisi 2020 tawar warna 'body' baru. Agak-agak orang muda suka tak?
BERITA baik barangkali terutama buat orang muda di luar sana. Perodua Myvi yang kini tampil dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan dan warna luaran baharu yang menarik untuk tahun 2020.
Sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Perodua seluruh negara ya...
Lebih menarik, sebelum ini, sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) hanya terdapat pada varian 1.5 AV sahaja.
Kini, versi itu yang dipertingkatkan, ASA 2.0, terdapat pada varian 1.5 AV dan 1.5 H, serta ditawarkan secara pilihan pada 1.3 X. Harganya pula antara RM41,000 hingga RM53,000.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, dengan pengenalan ASA 2.0, Perodua Myvi telah membawa keselamatan yang maju ke tahap baharu pada harga ini.
"Myvi terkini ini juga menyaksikan Perodua terus membawa teknologi keselamatan canggih kepada rakyat dengan menjadikannya mampu milik," katanya.
Bukan itu sahaja, Myvi 2020 turut boleh didapati dalam warna luaran baharu iaitu Electric Blue untuk semua varian sementara warna lain seperti Ivory White, Glittering Silver, Lava Red dan Granite Grey turut ditawarkan untuk semua varian kecuali model 1.3 G.
Menarik kan?
Untuk pengetahuan korang, sistem ASA yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran muncul buat kali pertama pada Perodua Myvi generasi ketiga pada 2017.
Ia merangkumi amaran pra pelanggaran sehingga 30 kilometer per jam (km/j), brek pra pelanggaran (sehingga 30 km/j), amaran pergerakan hadapan dan kawalan kesilapan pedal.
Jadi, apa tunggu lagi. Jomlah 'belek' Myvi versi 2020 itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang