TIDUR merupakan lumrah bagi setiap manusia. Ia sangat penting kerana membantu memastikan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Zaman sekarang, orang muda kebanyakkannya jarang ada yang suka masuk tidur awal atau tidur sebelum pukul 11 malam.

Walaupun ada yang tidur awal tapi rata-ratanya waktu paling awal tidur sekarang ini pun adalah pada pukul 10 malam dan paling lewat, ada yang tidur pukul 1 atau 2 pagi tau! Ish ish!

Tidur yang tidak mencukupi akan mengakibatkan badan terasa penat sekali gus memberi impak negatif terhadap aktiviti harian.

Mental yang penat mampu menyebabkan tindak balas minda menjadi kurang tangkas manakala tubuh badan yang letih akan memberi impak negatif terhadap sistem imunisasi badan.

Jadi, kita tidak seharusnya memandang remeh terhadap tidur demi menghindarkan kesan-kesan buruk kepada badan serta memastikan hari-hari yang dilalui lebih bertenaga.

Antara kesan buruk jika tidak cukup tidur adalah;

1. Berisiko untuk mendapat Alzheimer (nyanyuk)

Diumpamakan individu yang tidak cukup rehat adalah seperti individu yang sedang mabuk arak.

Keadaan ini akan mengakibatkan anda hilang fokus dan memori juga tidak kuat seperti individu yang tidur secara normal.

2. Ketinggian terbantut

Tidur yang cukup akan membantu pertumbuhan dengan lebih baik. Walaupun faktor genetik memainkan peranan utama dalam pertumbuhan badan tetapi jika diri sendiri selalu tidur lambat, alamatnya pertumbuhan pun boleh jadi terbantut tau!

Jawatan jurutidur profesional terbaik di Malaysia dikendaki dengan tawaran gaji RM3,000!

Baca juga Wanita usia 82 dan 91 tahun berjaya genggam ijazah. Usia memang bukan penghalang

3. Menghadapi masalah kulit

Selain mata, kulit juga boleh menjadi indikator individu rehat dengan cukup atau tidak.

Antara tanda individu tidak cukup rehat adalah kulit mereka akan tumbuh banyak jerawat terutamanya di bahagian muka.

Ada kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kaitan di antara waktu tidur dengan pertumbuhan jerawat di muka.

Menurutnya, kurang tidur akan mengakibatkan badan tidak dapat mengawal hormon selain merosakkan sistem imun dalam badan individu.

jerawat

Iklan

4. Berpotensi naik berat badan

Semasa tidur, badan dapat mengawal hormon ghrelin dan leptin iaitu hormon yang mengawal rasa lapar dengan sebaiknya.

Disebabkan itu, tubuh akan kerap rasa lapar dan cenderung untuk makan lebih daripada keperluan jika tidak mendapatkan rehat yang secukupnya.

Ini sekali gus akan mengakibatkan berat badan meningkat dengan mendadak.

5. Proses penuaan lebih cepat

Tidur lambat juga akan menyebabkan penuaan lebih cepat terjadi kepada diri. Bukan sebab anda nampak matured atau apa.

Akan tetapi muka anda akan ada wrinkle dan garis-garis halus di bahagian mata dan mulut. Alamak!

Iklan

Oleh itu, tidurlah pada kadar yang sepatutnya iaitu sekitar lapan jam sehari. Jangan sesekali anggap bahawa waktu tidur anda adalah normal mengikut individu.

Paling penting, kita perlu biasakan yang betul dan jangan betulkan yang biasa.

Sumber: TikTok @everlifefarmasi

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI