Nak buat sambal belacan padu & sedap? Ikut step mudah ni pasti menjadi
Nak buat sambal belacan padu & sedap? Ikut step mudah ni pasti menjadi
JIKA menjamu nasi berlauk tak sah jika tak ada sambal belacan. Ya lah kan tekak Melayu.
Tapi masih ada antara kita yang tak berapa menjadi bila buat sambal belacan ni.
Tak tahulah kadang-kadang ada rasanya masin, manis mahupun tawar. Ada kalanya pahit.
Nak buat sambal belacan ni sebenarnya bergantung juga pada jenis belacan yang digunakan. Tak semua belacan sedap kena dengan tekak kita kan.
Bila dah ada sambal belacan yang padu, pastikan ada juga ulam seperti timun, pucuk gajus, petai, pucuk mengkudu atau ubi rebus pasti sedap.
Tambah pula ada ikan goreng panas-panas memang menjilat jari.
Ayuh cuba buat sambal belacan versi Puan Anggerikni, katanya buat banyak-banyak boleh simpan stok dalam peti. Senang nak makan tinggal ambil jer lain kali.
Bahan-bahan pun mudah yang ada di setiap dapur. Tinggal tumbuk-tumbuk, hasilnya sambal belacan sedap dan padu.
Katanya, sambal berkenaan juga sesuai untuk diletakkan dalam perencah nasi goreng. Jom cuba!
Bahan-bahannya;
- 10 biji cili merah [Beli di sini]
- 10biji cili api hijau [Beli di sini]
- 10 biji cili api merah [Beli di sini]
- 1/2 sudu belacan bakar [Beli di sini]
- 1/2 cawan air asam jawa pekat [Beli di sini]
- 1 sudu kecil garam [Beli di sini]
Cuba juga Sambal belacan wangi, sedap dan tahan lama! Ini rahsianya
Cara membuatnya;
1. Tumbuk semua cili bersama belacan tapi jangan sampai halus sangat.
2. Tambah air asam jawa dan garam. Gaul sebati. Siap! Boleh dimasukkan ke dalam bekas bertutup.
Selamat mencuba!
Sumber: Anggerik via Masak Apa Hari NI.. (MAHN)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang