Nak cari idea bergaya, beli pakaian pada harga yang ideal, SHEIN tampil membantu

CEPAT betul masa berlalu. Dalam masa beberapa hari lagi, kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2022.

Namun, dua perkara paling signifikan yang akan dilakukan oleh kebanyakan orang adalah dengan pergi bercuti dan membeli-belah.

Masakan tidak, bulan Disemberlah diskaun besar-besaran akan ditawarkan oleh majoriti jenama di Malaysia dan di seluruh dunia.

Begitu juga dengan label Shein yang mengetengahkan Koleksi Holiday 2022.

Justeru, jika anda semua masih tercari-cari pakaian yang ingin digayakan sepanjang percutian pada penghujung tahun atau menyambut Krimas, SHEIN boleh membantu.

Pelbagai desain ditampilkan. Antaranya seperti persalinan kilauan labuci
berwarna-warni, blazer bulu tiruan dan pelbagai lagi rekaan yang pasti membuatkan anda teruja.

Sebagai rujukan mudah, berikut antara seleksi penampilan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian selera dan cita rasa masing-masing:

RINCIAN MEWAH KOT BULU PALSU (Glam Princess Style)

-Untuk persalinan yang tampak mewah, gayakan kot bulu palsu bersama dress berpotongan fit atau padanan top dan skirt dengan aksesori nuansa metalik. Antaranya seperti clutch dan cermin mata hitam serta but bertumit tinggi paras lutut bagi menyempurnakan seri gaya glamor ini.

BLAZER LIBURAN SEMPURNA (Smart Chic)

-Tiada apa yang bakal menyerlahkan penampilan anda selain padanan blazer yang sempurna.
-Dilapisi di atas crop top atau dress kegemaran, padanan blazer statement ini bakal menyuntik aura yang menawan sebaik digandingkan bersama clutch, aksesori dan kasut bermotif klasik.
-Gaya versatil ini bakal mendorong kehadiran anda dari majlis sosial bersama teman sepejabat terus berpesta riang pada malam hari.
-Namun, jika mahu membangkitkan seri lagi, padankan dengan celana sutdari baldu berwarna terang.

GANTIKAN CELANA FORMAL DENGAN GAYA KARGO (Double Denim Look)

-Seluar kargo terlihat di mana-mana sahaja saat ini. Trend ini bakal kekal hingga tahun 2023, mungkin!
-Bagi memperagakan suntingan gaya double denim ini untuk liburan
pada majlis sosial, padankan saja seluar jean berpotongan longgar bersama rompi atau cropped top.
-Kemudian, lengkapkan gaya dengan kasut bertumit tebal, aksesori berkilau, dandanan rambut juga solekan stail glamor.
-Lapisi persalinan anda bersama kot berwarna terang sebagai sentuhan akhir.

BACA JUGA: evoluSHEIN mampu milik, kualiti pakaian setaraf jenama mewah. Tak rugi beli

BACA JUGA: Shopeefood 12.12 Super Deals tawar diskaun, baucar dan penghantaran percuma. Kenali juga restoran terbaik di seluruh negara

Iklan

SUNTIKAN SILUET DAN CETAKAN LANTANG (The Rock Glamour Era)

-Koleksi Holiday 2022 SHEIN merangkumi semua jenis estetika dari tahun 1960-an, daripada nuansa hippie kepada mod sehingga youthquake yakni gaya yang lebih bersemangat, seksi (tidak keterlaluan), berinspirasikan budaya pop dan rock glamor.

GAYA SWEATER YANG SIMPLE

-Peribadikan trend ‘ugly sweater’, namun pastikan anda masih tampil bergaya sama ada ketika berparti di rumah atau melangkah ke pejabat atau sekadar mahu membangkitkan aura persalinan harian agar lebih menyeronokkan.
-Ya, SHEIN mempunyai seleksi pilihan baju sejuk Krismas untuk digayakan sepanjang musim percutian hujung tahun ini.

Iklan

Khas untuk anda semua, SHEIN turut melancarkan beberapa promosi untuk Jualan Mega 12.12 Akhir Tahun dengan diskaun hingga 90 peratus.

Pelbagai variasi top dan aksesori, termasuk rekaan pereka tanah air; dipaparkan menerusi kedua-dua laman web juga aplikasi mudah alih SHEIN.

Layari https://my.shein.com/ atau lewati akaun Facebook dan Instagram SHEIN Malaysia untuk menyemak suntingan gaya gerobok fesyen idaman anda.

Muat turun aplikasi SHEIN Malaysia di App Store dan Google Play bagi mengetahui perkembangan terkini SHEIN untuk tahun 2023 dan seterusnya.

BACA JUGA: Jimat hingga 90 peratus! Lazada 12.12 All Out End Year Sale tawar diskaun harga tak masuk akal

BACA JUGA: Rangkaian TOP Colour Signature mudahkan kerja ibu-ibu, tak perlu asingkan baju berwarna dan putih lagi