PEGAGA atau nama saintifiknya centella asiatica adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga daun parsli.

Bagi penggemar ulam, tumbuhan tersebut antara yang menjadi pilihan untuk dimakan bersama nasi dan sambal belacan.

Selain membantu mengekalkan awet muda, herba daun hijau berbentuk kipas itu boleh membantu menjadikan kulit lebih cantik dan cerah secara semula jadi.

Baca ni Kekal cantik walau usia sudah 50-an, pelakon Laila Nasir dedah rajin amal masker putih telur, madu & jus pegaga!

Patutlah di China, daun tersebut dijadikan ekstrak serbuk untuk tujuan perubatan dan rawatan kecantikan.

Satu hantaran di medium Tiktok teamonmalaysia berkongsi tip cantik dengan menggunakan daun pegaga bersama nasi masak.

Seorang lelaki yang membahasakan dirinya sebagai abah berkata, petua tersebut amat berkesan.

“Tip ni 100 peratus berkesan daripada kawan abah,” ujar beliau.

Justeru, nak tahu keberkesanannya, apa kata kita sama-sama cuba sendiri di rumah.

Berikut bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya.

Baca lagi Jus pegaga tingkatkan rasa segar pada otak! Boleh cuba

Bahan-bahan
2 sudu beras
1 gelas air
Daun pegaga

Cara penyediaan:

1. Masak nasi seperti biasa.

pegaga
2. Setelah masak, kisar sehingga halus.

pegaga
3. Kemudian, ambil daun pegaga dan masukkan ke dalam pengisar nasi tadi. Kisar sekali lagi sehingga halus.

Iklan

pegaga
4. Seterusnya, tapis bahan yang dikisar. Ambil patinya sahaja.

pegaga
5. Masukkan pati yang pekat itu ke dalam bekas kecil lalu simpan dalam peti ais.

pegaga

Baca lagi Buat masker sendiri guna daun pegaga, mudah dan ringkas
6. Jika mahu guna, sapukan pada muka seperti masker. Kemudian, bilas sehingga bersih.

Menarik juga, kan petua yang dikongsikan ini. Simple tetapi bermanfaat.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok teamonmalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang