CANTIKNYA, nampak macam kakak dan adik sahaja Natasha Hudson dan anak perempuannya. Nampak sebaya.

Itu antara pujian yang dilontarkan segelintir warga maya usai melihat gambar yang dimuat naik pelakon berkenaan menerusi media sosial miliknya.

Baca ni ‘Preggy pun slim.’ Hamil anak ke-4, Natasha Hudson aktif luncur air, wajah natural beauty jadi perhatian

Baca juga Ramai teka baby girl, Uqasha Senrose tak kisah jantina anak asalkan sihat

natasha hudson

Dalam perkongsian tersebut, Natasha berkongsi gambar bersama anak perempuannya, Neesa Helena yang merupakan anak sulung beliau menerusi perkahwinan terdahulu bersama Datuk Shahrin Zahari.

Sekadar makluman, itu merupakan perkahwinan kedua beliau yang hanya mampu bertahan dua tahun sahaja.

Baca juga Tinggalkan kisah lalu, Natasha Hudson kembali ke pangkuan industri

natasha

Siapa sangka, kini anak perempuannya itu sudah besar dan semakin cantik. Pastinya mewarisi kejelitaan ibunya itu yang sehingga kini tetap anggun dan awet muda.

Selain Neesa, pelakon berkenaan turut dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya yang ketiga iaitu Naeema Kalila dan Fatimah.

Kedua-dua beranak itu bergambar menerusi satu iklan sebuah produk kecantikan.

Iklan

Untuk rekod, Natasha kini sedang hamil hasil perkahwinan bersama Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin.

Baca lagi Kembali bergelar isteri, Natasha Hudson terharu doa orang ramai

natasha hudson

Biarpun sudah melewati usia 4o-an, namun bakal itu itu tetap cantik dan jelita tanpa dimamah usia.

Iklan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan anak dan ibu itu. Bahkan, ramai yang tidak menyangka, Natasha mempunyai anak perempuan yang sudah besar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!